Pusat Perubatan Sunway menempatkan beberapa sistem pembedahan robotik yang paling moden dan canggih di pasaran. Ini membolehkan pasukan pakar bedah kami yang sangat berpengalaman dapat melakukan pembedahan kompleks dengan ketepatan yang lebih tinggi, di samping memastikan manfaat yang lebih besar buat pesakit termasuk kurang kesakitan dan pemulihan yang lebih cepat selepas pembedahan.
Robotik Da Vinci
Pembedahan Berbantu Robotik
Sistem pembedahan yang sangat maju ini membolehkan pakar bedah melakukan pembedahan kompleks melalui hirisan kecil dengan visualisasi 3D-HD yang dipertingkat, ketepatan, serta kawalan yang tinggi.
Ketahui Lebih Lanjut
Berbantu Lengan Robotik
Pembedahan Penggantian Sendi
Inovasi terbaru dalam pembedahan penggantian sendi ini membolehkan pembedahan dilakukan secara khusus dan disesuaikan mengikut keadaan sendi pesakit.
Ketahui Lebih Lanjut
Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang
Pembedahan tulang belakang boleh menjadi kompleks, tetapi dengan Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang, pesakit kini mempunyai akses kepada prosedur yang lebih selamat dan kurang invasif.
Ketahui Lebih Lanjut

