Pelaporan Kesan Sampingan Ubat oleh Pengguna
Kesan Sampingan/Reaksi Advers Ubat
Apakah itu Kesan Sampingan/Reaksi Advers Ubat?
- Kesan yang tidak diingini atau reaksi berbahaya yang dialami selepas pengambilan ubat atau gabungan ubat-ubatan
- Reaksi tersebut mungkin merupakan kesan sampingan ubat yang diketahui atau ia mungkin sesuatu yang baharu dan tidak dikenali sebelum ini
- Ia juga boleh berlaku secara tiba-tiba dengan ubat-ubatan yang sering anda ambil tanpa kesan sampingan sebelum ini
Beberapa Contoh Kesan Sampingan
Ruam
Loya, muntah
Kesukaran bernafas
Bengkak (bibir, mata & lidah)
Apakah yang Perlu Saya Lakukan Jika Saya Mengalami Kesan Sampingan?
Langkah 1
Jika anda percaya anda mengalami kesan sampingan, adalah penting untuk bercakap/berjumpa dengan doktor atau ahli farmasi anda.
Langkah 2
- Lapor kepada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA)
- Gunakan ConSERF (Borang Pelaporan Kesan Sampingan Pengguna). Sila laporkan sebarang kesan sampingan yang anda rasa mengganggu, walaupun anda tidak pasti ia disebabkan oleh ubat tersebut
Sila catat maklumat berikut:
Bagaimanakah Saya Membuat Laporan?
Bagaimana Hendak Melapor?
- Sila lengkapkan seberapa banyak bahagian yang mungkin untuk memastikan laporan anda berguna. Anda boleh berunding dengan ahli farmasi anda untuk bantuan dalam mengisi borang
- Hantar secara dalam talian, atau pos/emel terus kepada NPRA
- Sila berikan butiran hubungan anda untuk membolehkan NPRA mendapatkan maklumat lanjut tentang laporan anda jika perlu. Butiran anda akan dirahsiakan.
Peranan NPRA, Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memantau keselamatan ubat-ubatan di Malaysia untuk menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang kemungkinan kesan sampingan mereka. Analisis kesan sampingan yang dilaporkan telah menyumbang kepada langkah-langkah berikut untuk meningkatkan keselamatan ubat:
- Mengeluarkan amaran keselamatan & sekatan preskripsi ubat berisiko
- Mengemas kini risalah pakej & risalah maklumat ubat pengguna dengan maklumat keselamatan terkini
- Penarikan balik ubat berisiko tertentu daripada pasaran
Apakah Yang Boleh Saya Laporkan & Mengapa?
Apa Untuk Dilaporkan?
Anda boleh melaporkan kesan sampingan daripada:
- Ubat-ubatan atau vaksin (ubat preskripsi daripada doktor atau ubat am/OTC)
- Vitamin dan suplemen kesihatan
- Ubat herba atau tradisional
Selain ubat makan (tablet, kapsul dan sirap); ubat-ubatan lain seperti krim, losyen, supositori dan inhaler juga boleh menyebabkan kesan sampingan.
Kepentingan Melapor
Malangnya adalah mustahil untuk mengetahui semua kesan sampingan ubat sebelum ia diluluskan untuk digunakan. Apabila orang melaporkan tentang pengalaman mereka menggunakan ubat tertentu, ia membantu kami memahami lebih lanjut tentang kemungkinan kesan sampingan ubat tersebut dan mengenal pasti masalah baharu yang mungkin tidak kami ketahui sebelum ini.
Alahan Ubat
Apakah itu Alahan Ubat?
Apakah yang perlu anda lakukan jika anda fikir anda mempunyai alahan ubat?
Jika anda tahu atau syak anda alah kepada sesuatu ubat:
- ELAK / HENTI pengambilan ubat tersebut
- Dapatkan nasihat perubatan daripada doktor anda untuk pengesahan
KAD ALAHAN UBAT
- Berguna untuk pesakit dengan alahan ubat yang disahkan
- Memberi amaran kepada profesional penjagaan kesihatan tentang alahan ubat pesakit
- Membantu mengelakkan pesakit daripada mengambil ubat yang boleh menyebabkan reaksi alahan
Tip untuk pemegang kad alahan:
- Bawa kad alahan ubat pada setiap masa
- Tunjukkan kad alahan ubat kepada mana-mana profesional penjagaan kesihatan yang terlibat dalam penjagaan anda
Untuk reaksi alahan yang teruk, pertimbangkan untuk mendapatkan gelang amaran perubatan
Apakah Gejala Alahan Ubat?
Gatal
Bengkak
Kesukaran Bernafas
Reaksi Kulit
Gejala mungkin berbeza-beza antara pesakit
Reaksi alahan ringan:
- Ruam kulit atau urticaria (gegata)
- Gatal-gatal berulang
ANAFILAKSIS – mengancam nyawa dan memerlukan perhatian perubatan segera!
- Ruam kulit atau urticaria (gegata)
- Kegatalan
Ubat-ubatan yang biasa dikaitkan dengan reaksi alahan:
- Antibiotik – penisilin (cloxacillin, amoxycillin), trimethoprim/sulphamethoxazole
- Ubat Anti-Radang Bukan Steroid (NSAIDs) – asid mefenamik, ibuprofen, diclofenac
Alahan Ubat VS Kesan Sampingan Ubat
ALAHAN UBAT
Alahan ubat adalah keadaan jarang berlaku di mana sistem imun badan bertindak balas terhadap sesuatu ubat dan menyebabkan kesan buruk.
KESAN SAMPINGAN
Kesan sampingan ubat ialah:-
- kesan yang tidak diingini daripada ubat
- berbeza daripada alahan ubat
- tidak melibatkan tindak balas imun
*Kadangkala kesan sampingan ubat mungkin hilang apabila terapi ubat diteruskan
Rujukan:
https://www.drugs.com/health-guide/antibiotic-associated-diarrhea.html
http://www.who.int/drugresistance/en/
http://www.cdc.gov/getsmart/community/about/antibiotic-resistance-faqs.html


