Penyusuan susu ibu memberikan nutrisi terbaik untuk bayi anda kerana ia lebih mudah dihadam dan mengandungi antibodi yang membantu bayi anda melawan kuman. Ia juga mengurangkan risiko ibu menghidap kanser payudara dan ovari serta meningkatkan ikatan hubungan antara ibu dan bayi.
Di Pusat Perubatan Sunway, kami komited dalam menjadi hospital 'mesra bayi' kerana kami telah melaksanakan Sepuluh Langkah Khusus untuk menyokong penyusuan susu ibu yang berjaya. Inisiatif ini diambil daripada Inisiatif Hospital Mesra Bayi yang dilancarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF pada tahun 1991.
Pasukan khusus kami akan menyediakan sokongan untuk sentuhan kulit ke kulit selepas bersalin secara faraj dan pembedahan Caesarean, selain membantu anda dan bayi belajar menyusukan bayi selepas bersalin. Kami juga akan terus menyokong semua ibu dalam perjalanan penyusuan susu ibu mereka kerana “WHO mengesyorkan semua ibu di seluruh dunia untuk menyusukan anak mereka selama enam bulan pertama bagi mencapai pertumbuhan, perkembangan dan kesihatan yang optimum. Selepas itu, mereka harus diberi makanan pelengkap yang berkhasiat serta terus menyusukan bayi sehingga usia dua tahun atau lebih.”
Menghadapi masalah menyusukan bayi anda yang baru lahir? Kunjungi Pusat Sokongan Penyusuan Susu Ibu kami hari ini!
Sokongan yang anda peroleh daripada kami tidak berakhir setelah anda dibenarkan keluar. Pusat kami beroperasi dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang pada hari bekerja.
Kami berbesar hati untuk membantu ibu-ibu yang baru bersalin dengan masalah penyusuan susu ibu seperti:
- teknik mengunci,
- payudara yang membengkak,
- saluran tersumbat
- dan mastitis
Lokasi:
Pusat Kesihatan Wanita & Kanak-kanak
Menara B, Tingkat 2
Tel: 03-74919191 EXT 72072




