Cara Untuk Ke Sini
Memandu
Kesesakan jalan raya boleh meningkat semasa waktu puncak. Untuk mengelakkan kelewatan, kami mengesyorkan anda memperuntukkan masa perjalanan tambahan apabila memandu ke hospital. Pusat Perubatan Sunway di Sunway City mudah diakses melalui empat lebuh raya utama:
- Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
- Lebuhraya Persekutuan
- Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP)
- Lebuhraya Shah Alam (KESAS)
Perkhidmatan Bas Shuttle Sunway Percuma
Untuk pilihan perjalanan yang mudah dan percuma, gunakan perkhidmatan Bas Shuttle Sunway yang beroperasi setiap 60 minit (tertakluk kepada keadaan trafik).
Waktu Operasi Bas Shuttle:
Isnin hingga Sabtu : 7.00 am - 10.15 pm
Ahad : 9.00 am - 10.15 pm
(Bas terakhir bertolak dari Pyramid Tower Hotel)
Laluan Kanopi (Juga Dikenali Sebagai Laluan Eco)
Laluan Kanopi (Canopy Walk) merupakan laluan pejalan kaki sepanjang satu kilometer yang menghubungkan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway ke pusat membeli-belah Sunway Pyramid. Laluan pejalan kaki ini dibuka setiap hari dari 7.00 pagi hingga 12.00 tengah malam (kecuali pada cuti umum).
BRT
Stesen BRT terletak bersebelahan dengan Pusat Perubatan Sunway, Sunway City, dan menghubungkan terus ke Taylor's University melalui laluan jejantas sejauh 800 meter. Untuk sampai ke sini, perhatikan kod SB4 semasa turun di stesen.
Tempat Letak Kereta
Lokasi Tempat Letak Kereta
Tempat letak kereta boleh didapati di menara berikut:
- Tower A
- Tower D
- Tower E
- Tower F (Baru dibuka)
Kemudahan Parkir Mesra Keluarga dan OKU
Untuk memenuhi keperluan semua pelawat, tempat letak kereta kami merangkumi:
- Ruang khas untuk ibu mengandung
- Ruang mesra keluarga untuk ibu bapa dengan anak di bawah umur 12 tahun
- Dua tempat letak kereta khas di setiap tingkat untuk individu kurang upaya (OKU)
Stesen Pengecasan EV
Anda boleh mengecas kenderaan elektrik (EV) anda di Pusat Perubatan Sunway, Sunway City sementara anda berurusan di sini. Kami mempunyai sebanyak lapan stesen pengecasan EV.


