Penggunaan Antibiotik Secara Selamat
Antibiotik BUKAN Sentiasa Jawapannya
Kebanyakan penyakit batuk dan selsema disebabkan oleh virus. Antibiotik hanya boleh merawat penyakit bakteria – bukan penyakit virus.
Penyakit biasa di mana antibiotik TIDAK DIPERLUKAN termasuk:
Selsema
Influenza
(selsema burung/babi)
Hidung berair
Kebanyakan batuk
Kebanyakan sakit tekak
Kebanyakan jangkitan sinus
Sesetengah jangkitan telinga
Berapa lama gejala akan bertahan?
Sakit tekak / tonsilitis: 1 minggu
Selsema: 10 hari – 2 minggu
Hidung berair / tersumbat: 1 – 3 minggu
Sinusitis: 2 – 3 minggu
Batuk kering / gatal: 3 minggu
Jika gejala berlarutan lebih lama daripada biasa, tidak bertambah baik, menjadi lebih teruk atau jika gejala baharu timbul, dapatkan nasihat perubatan.
Jadilah BIJAK Tentang Antibiotik
Lozen
Semburan
Ubat kumur
Tablet
Larutan
Sirap
Titisan
Bagaimanakah saya tahu jika saya mempunyai jangkitan virus atau bakteria?
Rujuk penyedia penjagaan kesihatan dan ikuti nasihat mereka tentang apa yang perlu dilakukan mengenai penyakit tersebut. Ingat, selsema biasa disebabkan oleh virus dan tidak memerlukan antibiotik.
Adakah ini bermakna saya tidak boleh mengambil antibiotik?
Penyedia penjagaan kesihatan anda akan menetapkan antibiotik jika anda mempunyai jangkitan bakteria.
Jika mukus (hingus) berubah daripada jernih kepada kuning atau hijau – adakah ini bermakna saya memerlukan antibiotik?
Tidak. Adalah normal bagi mukus menjadi tebal dan bertukar warna semasa selsema virus.
Apa yang boleh saya lakukan untuk membantu diri saya berasa lebih baik?
Pelega kesakitan, pengurang demam, semburan atau titisan hidung salina, tuam hangat, cecair dan rehat mungkin merupakan perkara terbaik untuk membantu anda berasa lebih baik.
Rujukan:
Snort. Sniffle. Sneeze. No Antibiotics Please. Centres for Disease Control and Prevention (CDC).
Get to the source of Cold & Flu symptoms. Global Respiratory Infection Partnership (GRIP).
Upper Respiratory Tract Infections Getting the right relief. Global Respiratory Infection Partnership (GRIP).
Kesedaran Antibiotik - Apa yang Patut Anda Tahu

Mengapa saya perlu menghabiskan antibiotik saya?
Tidak menghabiskan kursus antibiotik seperti yang diarahkan boleh membawa kepada *kerintangan antibiotik.
* Kerintangan antibiotik ialah ketahanan bakteria terhadap antibiotik yang pada asalnya berkesan untuk rawatan jangkitan yang disebabkannya. Penyakit yang dahulunya mudah dirawat dengan antibiotik menjadi jangkitan berbahaya, memanjangkan penderitaan dan mungkin maut.
ANDA boleh membantu menangani kerintangan dengan:
- Mencuci tangan dan mengelakkan hubungan rapat dengan orang sakit untuk mencegah penularan jangkitan bakteria;
- Gunakan antibiotik hanya apabila ia ditetapkan oleh profesional penjagaan kesihatan yang bertauliah;
- Melengkapkan kursus rawatan penuh, walaupun anda berasa lebih baik;
- Jangan sesekali berkongsi antibiotik dengan orang lain atau menggunakan preskripsi yang berlebihan
Saya mengalami cirit-birit selepas mengambil antibiotik. Patutkah saya menghentikannya?
Bagi sesetengah pesakit, antibiotik boleh menyebabkan cirit-birit ringan, yang merupakan kesan yang biasa diketahui. Anda tidak perlu menghentikan antibiotik anda tetapi pastikan hidratkan diri anda dengan baik untuk menggantikan cecair yang hilang dan elakkan produk yang mengandungi susu.
Probiotik disyorkan untuk membantu mengurangkan cirit-birit. Walau bagaimanapun jika anda mengalami sakit perut yang teruk, kekejangan atau demam dengan jumlah cirit-birit yang tinggi selepas mengambil antibiotik, anda harus segera berjumpa doktor.
Saya mengalami reaksi alahan terhadap penisilin. Adakah selamat untuk saya mengambil antibiotik lain?
Jika anda mengalami kegatalan, kesukaran bernafas dan/atau semput selepas mengambil penisilin, maka anda alah kepadanya dan anda tidak sepatutnya mengambil sebarang produk yang mengandungi penisilin atau antibiotik daripada kelas yang serupa.
Adalah penting untuk anda memaklumkan mana-mana doktor atau ahli farmasi yang merawat anda tentang status alahan anda. Terdapat antibiotik lain yang selamat digunakan untuk orang yang mempunyai alahan penisilin.
Rujukan:
https://www.drugs.com/health-guide/antibiotic-associated-diarrhea.html
http://www.who.int/drugresistance/en/
http://www.cdc.gov/getsmart/community/about/antibiotic-resistance-faqs.html


