Perkahwinan merupakan salah satu peristiwa penting dalam hidup. Ia merupakan komitmen dua insan yang telah memutuskan untuk mengambil langkah seterusnya dalam membina kehidupan bersama. Ketika kesibukan persiapan perkahwinan bermula, satu perkara penting sering dilupakan dalam senarai semak, iaitu pemeriksaan kesihatan pra-perkahwinan.
Saringan kesihatan pra-perkahwinan ialah ujian yang menilai tahap kesihatan pasangan yang merancang untuk berkahwin, seterusnya memberikan maklumat berkenaan status kesihatan semasa mereka. Ia juga memberi tumpuan kepada potensi masalah kesihatan seperti penyakit berjangkit dan penyakit yang boleh diwarisi yang boleh membahayakan pasangan serta anak-anak mereka apabila mereka merancang untuk berkeluarga kelak.
Memahami genetik pasangan anda bukan sahaja dapat memberikan langkah berjaga-jaga dan pilihan rawatan yang diperlukan, malah ia juga akan membantu anda memahami kecenderungan keadaan kesihatan pasangan anda seperti tahap kolesterol dan tekanan darah, dan anda akan dapat menjaga pasangan anda dengan lebih baik.
Saringan kesihatan pra-perkahwinan di Malaysia sering diwajibkan apabila pasangan mengemukakan pendaftaran perkahwinan mereka. Langkah berjaga-jaga ini adalah untuk kepentingan pasangan dalam merancang masa depan keluarga mereka bersama.
Di Pusat Perubatan Sunway, kami menawarkan pemeriksaan kesihatan pra-perkahwinan yang komprehensif, supaya fikiran anda lebih tenang menyambut hari bahagia
Ujian Darah Penuh
Filem Darah Periferi
Kumpulan Darah
Saringan sifilis
Saringan Hepatitis B
HIV
Ujian darah penuh
Filem Darah Periferal
Kumpulan Darah
Saringan sifilis
Saringan Hepatitis B
HIV
* Tidak perlu berpuasa untuk kedua-dua pakej pasangan mahupun individu.
Untuk mendaftar atau bertanyakan sebarang soalan,sila hubungi kami di:
| Tel | +603-7491 1198 |
|---|---|
| Faks | +603-7491 1423 |
| E-mel | [email protected] |
| Waktu Operasi | Isnin – Jumaat: 8:00 pagi – 5:00 petang Sabtu: 8:00 pagi – 1:00 petang |
| Lokasi | Menara A, Aras 4 (Pusat Kesihatan) Menara D, Aras 8 (Pusat Saringan Kesihatan) |


