Health Package

Dalam arus pemodenan yang pesat kini, kesibukan rutin bandar boleh menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita memberikan lebih perhatian terhadap kesejahteraan diri dalam usaha menangani stres dan mengimbangi gaya hidup yang serba sibuk ini.

Di Pusat Kesejahteraan SunMed, pasukan Pegawai Perubatan dan Perunding daripada pelbagai kepakaran sedia membantu anda menguruskan risiko kesihatan yang berpotensi dengan menyediakan program saringan khusus dan perundingan peribadi.

Perkhidmatan termasuk Pemeriksaan Sejarah Perubatan & Klinikal, Indeks Jisim Badan (BMI), Saringan Tekanan Darah, Saringan Tiroid, Ujian Darah Penuh dan banyak lagi, bagi membantu anda menguruskan gejala seperti penyakit jantung iskemik, tekanan darah tinggi (hypertension), kencing manis (diabetes mellitus), kolesterol tinggi (hypercholesterolemia) serta penyakit-penyakit lain.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang pakej-pakej kesihatan di bawah.