Apakah Pengesanan Awal Pelbagai Kanser ctDNA?

Sel-sel daripada semua organ membawa DNA. Sepanjang kitaran hayatnya, sel-sel ini melepaskan cebisan DNA mereka ke dalam aliran darah.

  • cfDNA (DNA Bebas Sel): Ini adalah cebisan DNA yang dilepaskan secara pasif dari sel ke dalam aliran darah.
  • ctDNA (DNA Tumor Beredar):  Ini adalah DNA bebas sel (cfDNA) yang dilepaskan daripada sel tumor. Sel tumor melepaskan (ctDNA) secara aktif dengan pelbagai ciri yang berbeza secara signifikan dengan cfDNA

Menggunakan konsep yang sama, teknologi ctDNA digunakan secara klinikal untuk mengesan dan menguji DNA tumor dalam darah. Ini membolehkan pengesanan awal kanser untuk individu yang sihat, di samping membantu memprofilkan serta memantau perkembangan tumor bagi pesakit kanser.

Proses Ujian:

  1. Mohon ujian ini menerusi doktor am anda. Sebanyak 10ml sampel darah akan diambil.
  2. DNA yang diekstrak daripada plasma darah anda akan dianalisis menggunakan teknologi ctDNA generasi akan datang untuk menganalisis profil metilasi dan pelbagai ciri DNA tersebut.
  3. Anda akan menerima keputusan analisis isyarat ctDNA anda selepas satu bulan.

Apa Maksud Keputusan Ujian Anda?

Negatif: Tiada isyarat ctDNA dikesan
 
  • Ini bermakna ctDNA tidak dikesan semasa ujian dijalankan. Ujian ini hanya memberikan gambaran ringkas tentang darah semasa pengambilan sampel dan tidak meramalkan risiko kanser pada masa hadapan.
  • Anda masih perlu meneruskan ujian saringan lain seperti yang disyorkan oleh doktor anda. Jangan abaikan tanda atau gejala kanser jika ia berlaku, kerana ini boleh mengakibatkan kelewatan dalam diagnosis.
Positif: isyarat ctDNA dikesan
 
  • Ini bermakna isyarat ctDNA yang berkaitan dengan sel tumor telah dikesan dalam darah. Hasilnya mungkin termasuk 1 - 2 ramalan tentang asal usul tumor dalam badan di mana kanser mungkin ditemui.
  • Memandangkan ini merupakan ujian saringan, doktor anda mungkin akan merujuk anda kepada pakar, dan ujian pengimejan pengesahan biasanya diperlukan untuk mengesahkan kewujudan kanser secara tepat.

Isyarat ini boleh berpunca daripada 10 kawasan berikut:

  • Hati-Saluran Hempedu
  • Esofagus
  • Paru-paru
  • Pankreas
  • Kolorektum
  • Kepala & Leher
  • Ovari
  • Perut
  • Endometrium
  • Payudara

Had

Kaedah menganalisis ctDNA yang dilepaskan daripada sel kanser ke dalam darah periferi mempunyai had kekangan yang berikut:

  • Keputusan negatif (tiada ctDNA dikesan) TIDAK SEPENUHNYA bebas daripada tumor. Perkara ini boleh berlaku sekiranya tumor tersebut bukan dalam 10 jenis kanser yang diuji, berada di kawasan yang menyukarkan pelepasan ctDNA, atau menunjukkan profil epigenomik yang ketara berbeza pada kanser sekunder berbanding kanser primer.
  • Kepekaan ujian berbeza-beza bergantung pada organ dalam skop penyiasatan. Ujian ini merupakan ujian saringan sokongan dan BUKAN pengganti untuk ujian saringan kanser rutin yang disyorkan.
  • Keputusan positif (ctDNA dikesan) TIDAK SEPENUHNYA mengesahkan pesakit penghidap kanser, memandangkan keadaan fisiologi atau patologi tertentu boleh mencetuskan isyarat ctDNA 'palsu'. Keputusan positif hendaklah dinilai oleh doktor / perunding dan disahkan melalui ujian pencitraan diagnostik.
  • Asal usul tumor diramalkan menggunakan algoritma kecerdasan buatan (AI) yang menganalisis ciri-ciri ctDNA yang berbeza daripada asal-usul tisu yang berpotensi yang diliputi dalam skop ujian ini. Walau bagaimanapun, ciri ctDNA mungkin bertindih, mengakibatkan penentuan asal usul tumor di dalam skop ujian ini yang TIDAK LENGKAP .

Untuk temujanji, sila hubungi kami di:

Tel +603-7491 1198
WhatsApp  +603-7491 1198 (Pertanyaan Umum)
 +6019-624 2293 (Pertanyaan Korporat)
Faks +603-7491 1423
E-mel [email protected]
Waktu Operasi Isnin – Jumaat: 8:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu: 8:00 pagi – 1:00 petang
Lokasi Menara A, Aras 4 (Pusat Kesihatan)
Menara D, Aras 8 (Pusat Saringan Kesihatan)