Apa yang Perlu Dijangka?
Berikut adalah senarai semak yang boleh membantu anda bersedia sebelum janji temu dengan doktor anda:
- Kumpulkan semua dokumen anda untuk dibawa ke sesi perjumpaan doktor:
- Salinan sebarang ujian, sinar-X, atau sejarah perubatan yang berkaitan dengan masalah perubatan anda.
- Soal selidik sejarah perubatan yang lengkap.
- Senarai semua ubat semasa yang diambil secara tetap, termasuk ubat tanpa preskripsi dan ubat herba.
- Semak sebarang arahan khas daripada doktor anda tentang sekatan diet atau ubat sebelum janji temu anda.
- Ajak rakan atau saudara untuk menemani anda jika anda mahu. Bergantung pada jenis janji temu, anda mungkin memerlukan seseorang untuk membawa anda pulang.
Semasa Janji Temu Anda
Untuk memanfaatkan janji temu anda sebaik mungkin, sediakan senarai soalan serta jangan lupa untuk menyatakan kebimbangan anda kepada doktor.
Tidak pasti apa yang hendak ditanya?
Berikut adalah beberapa contoh soalan untuk ditanya kepada doktor anda:
Mengenai Simptom atau Diagnosis Anda
Apakah penyakit atau keadaan ini?
Sejauh manakah tahap keseriusan penyakit atau keadaan saya dan bagaimana ia akan menjejaskan kehidupan rumah dan kerja saya?
Apakah prognosis jangka pendek dan jangka panjang untuk penyakit atau keadaan saya?
Apakah yang menyebabkan penyakit atau keadaan tersebut?
Mengenai Rawatan Anda
Apakah pilihan rawatan saya?
Berapa lama masa yang diambil untuk rawatan?
Berapakah kos rawatan?
Rawatan manakah yang paling biasa dilakukan untuk penyakit atau keadaan saya?
Apakah kesan sampingan yang boleh saya jangkakan?
Jika Anda Memerlukan Pembedahan
Mengapa saya memerlukan pembedahan?
Apakah prosedur pembedahan yang anda syorkan?
Adakah terdapat lebih daripada satu cara untuk melakukan pembedahan ini?
Adakah terdapat alternatif selain pembedahan?
Berapakah kos pembedahan?
**Sumber: Agensi Kajian dan Kualiti Penjagaan Kesihatan: healthgrades.com
Selepas Janji Temu Anda
- Jika anda perlu berjumpa doktor lain, kami akan memastikan bahawa kami akan berusaha seadanya untuk menjadualkan ujian serta rundingan tambahan pada masa kekosongan terawal.
- Jika anda perlu dimasukkan ke hospital, kami akan mengatur urusan kemasukan anda dan memberikan maklumat kepada pihak hospital sebelum ketibaan anda.


