Di Pusat Kesihatan SunMed, terdapat pasukan Pegawai Perubatan dan Perunding daripada pelbagai kepakaran yang sedia membantu anda menguruskan potensi risiko kesihatan dengan menyediakan program saringan khusus dan konsultasi peribadi.

Perkhidmatan termasuk pemeriksaan sejarah & klinikal, indeks jisim badan (BMI), saringan tekanan darah, saringan tiroid, kiraan darah penuh dan banyak lagi bagi membantu anda menguruskan simptom seperti penyakit jantung iskemik, hipertensi, diabetes mellitus, hiperkolesterolemia dan penyakit lain.

Nota penting untuk persediaan sebelum janji temu:

  • Sila berpuasa sekurang-kurangnya 8 – 10 jam sebelum janji temu. Anda hanya boleh minum air kosong.
  • Tangguhkan pengambilan sebarang ubat rutin pada waktu pagi (kecuali ubat hipertensi) melainkan dinasihatkan oleh doktor anda, sehingga selesai pemeriksaan darah.
  • Wanita yang akan menjalani mamogram dinasihatkan untuk mengelakkan penggunaan deodoran atau bedak talkum.
  • Wanita yang akan menjalani mamogram diminta membawa filem lama mereka untuk perbandingan.
  • Ujian Pap Smear sebaiknya dilakukan 7 hari selepas hari terakhir haid anda.

Perkara yang perlu dibawa:

  • Pakaian dan kasut yang selesa untuk Ujian Tekanan Jantung (Sawat Injak) anda.
  • Jika ada rekod perubatan terdahulu, terutamanya X-ray, Imbasan CT atau MRI daripada pemeriksaan terakhir anda untuk perbandingan.
  • Bawa cermin mata (kaca mata) anda untuk ujian penglihatan anda.

Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk saringan?

Tempoh setiap pakej saringan kesihatan adalah berbeza. Secara purata, keseluruhan proses saringan kesihatan termasuk pemeriksaan perubatan oleh doktor akan mengambil masa antara 2 – 4 jam bergantung pada pakej saringan kesihatan yang dipilih.

Baucar minuman percuma akan disediakan demi keseronokan dan kemudahan anda.

Pakej Saringan Kesihatan Eksekutif

Pakej Saringan Kesihatan Eksekutif

Dalam zaman yang pantas berubah ini, kesibukan rutin bandar boleh menjejaskan kesihatan kita. Oleh itu, sudah menjadi sangat penting untuk kita memberi lebih perhatian kepada kesejahteraan kita dalam menangani dan mengimbangi tekanan tuntutan gaya hidup kita yang sibuk.

Di Pusat Kesihatan SunMed, terdapat pasukan pegawai perubatan dan perunding daripada pelbagai kepakaran yang sedia membantu anda menguruskan potensi risiko kesihatan dengan menyediakan program saringan khusus dan konsultasi peribadi.

Antara perkhidmatan yang disediakan termasuk pemeriksaan sejarah & klinikal, indeks jisim badan (BMI), saringan tekanan darah, saringan tiroid, kiraan darah penuh dan banyak lagi bagi membantu anda menguruskan simptom seperti penyakit jantung iskemik, hipertensi, diabetes mellitus, hiperkolesterolemia dan penyakit lain.

Cari Lebih Banyak Pakej Saringan Kesihatan

DOKTOR KESEJAHTERAAN

Dr. Wee Hui Yin

Dr Wee Hui Yin
MD (University of Calgary)
Inggeris, Melayu, Mandarin,
Hokkien dan Kantonis

Dr. Tan Ling Ling

Dr Tan Ling Ling
MBBS (IMU)
Inggeris, Melayu, Mandarin,
Hokkien and Kantonis

Dr. Eng Chee Khoon

Dr Eng Chee Khoon
MD (Akademi Perubatan Moscow)
Bahasa Inggeris, Melayu, Mandarin
dan Hokkien

Dr. Tong Wen Chee

Dr Tong Wen Chee
MD (UPM)
Inggeris, Melayu, Mandarin
and Kantonis

Dr. Kor Shin Yin

Dr Kor Shin Yin
MD (RSMU MOSCOW)
Inggeris, Melayu, Mandarin,
Kantonis and Russian

Dr Melissa Ting Sok Lin

Dr Melissa Ting Sok Lin
MBBS (CUCMS)
Inggeris, Melayu, Mandarin,
Kantonis dan Hokkien

Dr. Lai Su Meng

Dr Lai Su Meng
MBBS (Universiti Malaya)
Inggeris, Melayu, Mandarin

Teh-Zi-Ying

Dr Teh Zi Ying
MBBS (Universiti AIMST)
Inggeris, Melayu, Mandarin, Hokkien dan Kantonis

 

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Untuk mendaftar, mendapatkan maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi kami di:

Tel +603-7491 1198
WhatsApp  +603-7491 1198 (Pertanyaan Umum)
 +6019-624 2293 (Pertanyaan Korporat)
Faks +603-7491 1423
E-mel [email protected]
Waktu Operasi Isnin – Jumaat: 8:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu: 8:00 pagi – 1:00 petang
Lokasi Menara A, Aras 4 (Pusat Kesihatan)
Menara D, Aras 8 (Pusat Saringan Kesihatan)