Pusat Pembedahan Robotik & MIS

Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang

Yang Pertama Seumpamanya di Malaysia & Asia Tenggara

Pembedahan tulang belakang boleh menjadi kompleks, tetapi dengan Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang kami, pesakit kini mempunyai akses kepada prosedur yang lebih selamat dan kurang invasif. Penambahan terbaharu kepada rangkaian sistem robotik canggih kami yang semakin berkembang di Pusat Perubatan Sunway, Sunway City ini meletakkan kami sebagai yang pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menggunakan teknologi canggih ini. Dengan ketepatan yang belum pernah ada sebelum ini, keselamatan yang dipertingkatkan dan standard penjagaan yang lebih tinggi yang disesuaikan dengan keadaan tulang belakang unik pesakit, pesakit akan berasa kurang kesakitan, memberi hasil yang lebih baik dan segera kembali pulih dengan lebih cepat untuk melakukan aktiviti harian seperti sediakala.

Spine Robotic Surgical System

Memanfaatkan Kepakaran Robotik Kami untuk Meningkatkan Hasil Rawatan Pesakit

“Pelaburan baru-baru ini dalam sistem pembedahan robotik tulang belakang yang serba canggih mencerminkan dedikasi kami. Selepas perolehan beberapa sistem robotik termaju, termasuk Da Vinci Xi yang boleh melakukan pembedahan urologi, ginekologi dan am, serta sistem Mako dan ROSA untuk pembedahan penggantian pinggul dan lutut, pelbagai sistem ini akan memperkasakan pasukan pembedahan tulang belakang kami untuk melakukan prosedur dengan kecekapan yang lebih tinggi, menghasilkan masa pemulihan yang lebih cepat, mengurangkan komplikasi dan hasil yang lebih baik untuk pesakit kami.”

- Dato’ Lau Beng Long -
Presiden, Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway

Kelebihan Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang

Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang yang canggih mempertingkatkan lagi kemahiran pembedahan pakar bedah tulang belakang kami, membolehkan tahap keselamatan dan kecekapan yang lebih tinggi serta hasil keseluruhan yang lebih baik untuk pesakit yang menjalani pembedahan tulang belakang. Manfaat ini didorong oleh kelebihan utama yang ditawarkan oleh sistem robotik canggih ini, yang merangkumi:

Precision

Ketepatan

Navigasi masa nyata, pengimejan resolusi tinggi dan panduan robotik membolehkan ketepatan yang dipertingkatkan semasa prosedur tulang belakang.

Visibility

Kejelasan Visual

Pengimejan masa nyata beresolusi tinggi memastikan pandangan yang jelas sepanjang pembedahan, mempertingkatkan ketepatan dan segera membuat keputusan.

Kebolehramalan

Algoritma dipacu AI menganalisis data pesakit dan mencipta pelan pembedahan yang sangat peribadi, membawa kepada hasil yang boleh diramal.

Sunway Spine Robotic Surgical System

Mengenai Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang Kami

Sistem Pembedahan Robotik Tulang Belakang kami, AiBLE™, memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan, menyepadukan pengimejan termaju, panduan masa nyata, dan cerapan dipacu data untuk perancangan dan pelaksanaan pembedahan tulang belakang yang unggul oleh pakar bedah kami.

Ia terdiri daripada tiga komponen utama yang berfungsi secara lancar untuk meningkatkan keselamatan, kecekapan, pengalaman pesakit, dan hasil keseluruhan. Ini termasuk StealthStation™ S8, sistem navigasi canggih yang menyediakan pengimejan 3D masa nyata anatomi pesakit semasa pembedahan untuk penempatan instrumen dan implan yang lebih tepat; Sistem Pengimejan O-arm™, alat pengimejan 2D dan 3D canggih yang memberikan pengimejan masa nyata untuk pandangan kawasan pembedahan yang lebih jelas; dan Sistem Panduan Tulang Belakang Robotik, yang menggabungkan perancangan termaju, navigasi masa nyata, dan bantuan lengan robotik untuk penempatan skru yang tepat.

Siapakah yang Boleh Mendapat Manfaat daripada Pembedahan Tulang Belakang Robotik?

Calon ideal untuk pembedahan tulang belakang robotik adalah individu yang memerlukan campur tangan pembedahan, terutamanya mereka yang tidak menunjukkan tindak balas kepada rawatan konservatif seperti terapi fizikal, ubat-ubatan, atau suntikan. Ia juga amat sesuai untuk pesakit yang mencari rawatan yang tepat, disesuaikan secara khusus, dan kurang invasif yang menawarkan hasil lebih baik, masa pemulihan lebih pantas, kurang rasa sakit, serta risiko komplikasi yang lebih rendah.

Penyakit yang Boleh Dibantu oleh Pembedahan Tulang Belakang Robotik

Penyakit Cakera Degeneratif (DDD)

Kerosakan beransur-ansur pada cakera intervertebral, menyebabkan kesakitan, kekakuan, dan pengurangan pergerakan. Pembedahan berbantu robotik membolehkan penggantian cakera atau gabungan tulang belakang yang tepat melalui hirisan yang lebih kecil, membawa kepada pemulihan yang lebih cepat.

Stenosis Tulang Belakang

Penyempitan salur tulang belakang, yang sering berlaku akibat perubahan usia, memberi tekanan kepada saraf tunjang dan urat saraf, lalu menyebabkan kesakitan, kebas, lemah otot, serta kesukaran untuk berjalan. Pembedahan tulang belakang berbantu robotik membolehkan pembuangan tulang atau tisu yang memampatkan urat saraf dilakukan secara tepat.

Patah Tulang Belakang

Patah atau retakan pada salah satu vertebra, sering disebabkan oleh trauma atau osteoporosis. Ia boleh membawa kepada kesakitan, ketidakstabilan, dan kerosakan saraf. Sistem robotik membantu meletakkan skru, rod dan perkakasan lain dengan tepat, memastikan penjajaran dan kestabilan yang betul.

Tumor Tulang Belakang

Pertumbuhan tisu yang tidak normal di dalam atau di sekitar tulang belakang, sama ada berasal dari tulang belakang itu sendiri atau merebak dari bahagian badan lain (metastatik). Ia boleh menyebabkan kesakitan, kelemahan, kebas, atau kesukaran berjalan. Pembedahan robotik meningkatkan ketepatan dalam membuang tumor dan menstabilkan tulang belakang.

Spondylolisthesis

Satu vertebra pada tulang belakang menggelongsor ke hadapan di atas vertebra di bawahnya, menyebabkan sakit belakang, mampatan saraf, dan kesukaran bergerak. Ia boleh berpunca daripada degenerasi, kecederaan, atau kecacatan kelahiran. Pembedahan tulang belakang robotik membolehkan pembetulan tepat pada salah jajaran vertebra menggunakan skru dan rod untuk menstabilkan tulang belakang.

Deformiti Tulang Belakang – Skoliosis dan Kifosis

Skoliosis adalah kelengkungan sisi tulang belakang yang tidak normal yang berlaku semasa kanak-kanak atau remaja, manakala kifosis adalah pembulatan ke hadapan tulang belakang bahagian atas yang menyebabkan bongkok, biasanya akibat penuaan, osteoporosis, kecacatan kongenital atau kecederaan tulang belakang. Pembedahan tulang belakang robotik menawarkan panduan tepat untuk prosedur kompleks, seperti penjajaran semula tulang belakang atau prosedur gabungan.

Pakar Bedah Kami berkelayakkan dalam Pembedahan Tulang Belakang Robotik

Dengarkan Apa Kata Pakar Bedah Tulang Belakang Kami

Sistem terkini kami dengan perancangan berbantu kecerdasan buatan (AI) yang canggih membolehkan kami merancang setiap pembedahan dengan teliti. Pendekatan pembedahan akan disesuaikan mengikut anatomi unik pesakit, dan dengan rod yang direka khusus, ia dapat meningkatkan hasil pembedahan pesakit.

Dr Saw Lim Beng
Pakar Perunding Bedah Tulang Belakang & Robotik

The precise, automated movement of the spinal robot allows us surgeons to place implants very accurately and perform minimally invasive spinal surgery in a way that is much more efficient than before.

Dr Lim Kang Kai
Consultant Spine & Robotic Surgeon

Alat navigasi masa nyata menawarkan maklum balas dinamik sepanjang pembedahan. Dengan data langsung yang tepat mengenai kedudukan instrumen dan anatomi tulang belakang, pakar bedah seperti kami dapat membuat keputusan berinformasi dan menyesuaikan pendekatan mengikut keperluan.

Dr Lim Heng Hing
Pakar Perunding Bedah Ortopedik, Tulang Belakang, Arthroplasti & Robotik

Sistem ini menghasilkan imej intraoperatif 3D resolusi tinggi, membolehkan pengesahan masa nyata alat pembedahan dan lokasi implan dengan ketepatan milimeter. Ini meningkatkan hasil pembedahan, memberi manfaat kepada pesakit yang memerlukan peralatan tulang belakang seperti skru, rod, plat atau implan.

Dr Lau Choon Ping
Pakar Perunding Bedah Tulang Belakang & Robotik

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut atau temu janji, sila hubungi:

fax
+603-7491 1429
location
Aras LG, Menara C
Ada Soalan?
Hubungi Kami
Antarabangsa
Sokongan Pesakit
general whatsapp
Pertanyaan Umum
Clinician whatsapp
Tanya Pakar Klinikal
Carian Doktor
new