Pusat Pembedahan Robotik & MIS

Pembedahan Penggantian Sendi Berbantu Lengan Robotik

Jangan biarkan sakit sendi menghalang anda daripada melakukan perkara yang anda gemari - pembedahan penggantian sendi berbantu lengan robotik boleh membantu anda mendapatkan semula kelenturan dan pergerakan asal anda dalam masa yang singkat!

Perkara terbaik tentang teknologi robotik ialah ia membolehkan pembedahan sedemikian disesuaikan secara khusus mengikut keadaan anda, sekali gus menghasilkan ketepatan yang lebih tinggi semasa pembedahan.

Robotic Arm-Assisted Joint Replacement Surgery

Tahukah Anda?

Berbanding dengan pembedahan konvensional invasif minimum, 72% responden menyatakan pembedahan sendi berbantu robotik adalah:

Painful

Kurang Menyakitkan

Painful

Lebih Selamat

Painful

Lebih Cepat

Painful

Menawarkan hasil yang lebih baik

Manfaat Pembedahan Sendi Berbantu Robotik

  • Ketepatan penempatan implan yang lebih tinggi
  • Perlindungan tisu lembut di sekeliling ligamen sendi
  • Hirisan lebih kecil, kurang parut
  • Kehilangan darah yang minimum
  • Rasa lebih semula jadi selepas pembedahan
  • Tempoh penginapan hospital lebih singkat
  • Kurang kesakitan selepas pembedahan
  • Kembali cepat ke aktiviti normal
  • Ketepatan penempatan implan yang lebih tinggi
  • Perlindungan tisu lembut di sekeliling ligamen sendi
  • Rasa lebih semula jadi selepas pembedahan
  • Tempoh penginapan hospital lebih singkat
  • Hirisan lebih kecil, kurang parut
  • Kehilangan darah yang minimum
  • Kurang kesakitan selepas pembedahan
  • Kembali cepat ke aktiviti normal

Pusat Perubatan Sunway menawarkan inovasi terkini dalam pembedahan penggantian sendi berbantu lengan robotik dengan Mako SmartRobotics dan Sistem Lutut ROSA.

Mako SmartRobotics

Teknologi Mako SmartRobotics mengurangkan kecederaan pada tulang dan tisu lembut semasa pembedahan. Hasilnya, ramai pesakit yang menukar sendi pinggul dan lutut kurang berasa sakit dan kaku, serta dapat menggerakkan sendi baharu mereka dengan jauh lebih baik.

Bagaimana Ia Berfungsi:

sunway rosa

Rancang

Pelan pembedahan peribadi

Langkah pertama ialah pelan pembedahan khusus untuk pesakit. Sebelum pembedahan, imbasan CT lutut atau pinggul anda diambil untuk membina model maya 3D anatomi unik anda. Doktor akan menggunakan model ini untuk menilai struktur tulang, tahap keterukan penyakit, penjajaran sendi dan juga tulang serta tisu sekeliling, supaya mereka dapat menentukan saiz, kedudukan dan penjajaran optimum implan anda.

Nilai

Penilaian julat pergerakan

Sepanjang prosedur, Mako menyediakan data secara masa nyata (real-time) kepada pakar bedah anda. Ini membolehkan mereka menilai pergerakan serta ketegangan sendi baharu anda secara berterusan dan mengubah suai pelan pembedahan jika perlu.

Sedia

Pembuangan tulang artritik

Di dalam bilik pembedahan, pakar bedah akan membimbing lengan robotik Mako untuk membuang tulang dan rawan yang rosak akibat arthritis dari lutut atau pinggul. Sempadan maya (virtual boundary) memberikan rintangan sentuhan (tactile resistance) untuk membantu pakar bedah kekal di dalam sempadan yang telah ditetapkan dalam pelan pembedahan anda.

Masukkan

Penempatan implan

Semasa pakar bedah bersiap sedia untuk meletakkan implan ke kedudukan akhir, lengan robotik membimbing implan pada sudut yang dikehendaki seperti yang ditetapkan dalam pelan pembedahan. Ini membantu memastikan penempatan dan jajaran implan dilakukan mengikut pelan.

sunway rosa

Adakah Pembedahan Berbantu Lengan Robotik Mako Sesuai Untuk Saya?

Ia sememangnya untuk anda jika anda mempunyai…

Sakit pinggul atau lutut yang teruk atau kekakuan akibat penyakit sendi degeneratif bukan radang (termasuk osteoartritis, artritis traumatik, atau nekrosis avaskular), artritis reumatoid atau artritis pasca-traumatik


Tidak mendapat kelegaan yang mencukupi daripada pilihan rawatan konservatif, seperti pemakaian pendakap (bracing), ubat-ubatan, atau suplemen cecair sendi


Osteoartritis peringkat awal hingga pertengahan yang tidak menjejaskan ketiga-tiga kompartmen lutut

Terdapat 3 Jenis Pembedahan:

Pembedahan Penggantian Lutut Sepenuhnya Berbantu Lengan Robotik Mako

Semasa penggantian lutut penuh (juga dipanggil arthroplasty lutut penuh), pakar bedah akan mengeluarkan permukaan sendi lutut yang rosak dan menggantikannya dengan komponen logam dan plastik yang dipanggil prostesis atau implan. Implan ini direka untuk menggantikan fungsi lutut yang sihat.

Pembedahan Penggantian Lutut Separa Berbantu Lengan Robotik Mako

Jika anda mengesan kerosakan artritis lebih awal, anda layak untuk Pembedahan Penggantian Lutut Separa. Ini kerana penyakit belum merebak ke ketiga-tiga kompartmen lutut, yang bermaksud bahagian yang perlu diganti adalah lebih sedikit.

Pembedahan Penggantian Pinggul Berbantu Lengan Robotik Mako

Semasa pembedahan penggantian pinggul sepenuhnya (juga dipanggil artroplasti pinggul sepenuhnya), pakar bedah akan membuang bahagian hujung bola femur (bahagian atas tulang paha) yang rosak akibat arthritis dan memasukkan komponen logam (stem) ke dalam tulang tersebut. Pakar bedah juga akan menggantikan mangkuk pinggul (hip socket) dengan cawan asetabulum (acetabular cup) yang dilapisi plastik polietilena tahan lasak.

sunway rosa knee system

Sistem Lutut ROSA

ROSA, ringkasan bagi Pembantu Bedah Robotik (Robotic Surgical Assistant), direka untuk membantu pakar bedah melakukan penggantian lutut penuh yang disesuaikan dengan anatomi lutut unik anda, membawa kepada keselesaan yang dipertingkatkan, kurang kesakitan dan pemulihan cepat ke aktiviti harian anda dalam tempoh masa yang singkat.

Teknologi inovatif ini menggunakan data yang dikumpul sebelum dan semasa pembedahan untuk memberi maklumat terperinci kepada pakar bedah anda mengenai anatomi lutut yang boleh mempengaruhi kesesuaian implan, sekali gus menghasilkan pemotongan dan penempatan implan yang lebih tepat semasa pembedahan.

Bagaimana Ia Berfungsi:

Sebelum Pembedahan

Dengan Sistem Lutut ROSA, model 3D anatomi lutut anda akan dicipta dengan siri sinar-X, yang membolehkan pakar bedah merancang banyak butiran khusus penggantian lutut anda sebelum pembedahan.

Semasa Pembedahan

Seperti sistem GPS yang canggih, Sistem Lutut ROSA menggunakan kamera dan penjejak optik yang dipasang pada kaki anda untuk mengetahui dengan tepat kedudukan lutut anda. Bagi memastikan pelan pakar bedah anda dilaksanakan seperti yang dirancang, ia akan menyesuaikan kedudukannya secara automatik walaupun kaki anda bergerak sedikit sahaja.

Sepanjang pembedahan, ROSA Knee akan menyediakan data mengenai lutut anda kepada pakar bedah. Apabila maklumat ini digabung dengan kepakaran doktor, akan membantu mereka mengetahui cara penempatan implan anda dengan tepat.

Adakah Penggantian Lutut Penuh ROSA Sesuai Untuk Saya?

Ia sememangnya untuk anda jika anda…

Knee Sunway

Sedang mengalami kesakitan lutut yang teruk


Knee Sunway

Tidak dapat menjalankan tugas harian kerana sakit lutut berkaitan sendi


Knee Sunway

Mempunyai artritis, osteoartritis, atau kerosakan rawan


Knee Sunway

Tidak mendapat kelegaan walaupun telah mencuba semua pilihan rawatan tanpa pembedahan, seperti terapi fizikal atau ubat anti-radang


Pakar Bedah Ortopedik Kami berkelayakkan dalam Pembedahan Berbantu Robotik

Hubungi Kami

Untuk maklumat lanjut atau temu janji, sila hubungi:

fax
+603-7491 1429
location
Aras LG, Menara C
Ada Soalan?
Hubungi Kami
Antarabangsa
Sokongan Pesakit
general whatsapp
Pertanyaan Umum
Clinician whatsapp
Tanya Pakar Klinikal
Carian Doktor
new