Imagine Clear Vision at Any Time Anywhere –
Laser Vision Correction makes it possible
Penglihatan yang baik adalah sesuatu yang kita semua inginkan dalam segala hal – aktiviti harian kita, perjalanan pengembaraan, kerja dan sebagainya. Sesetengah orang memilikinya secara semula jadi manakala yang lain mempunyai ralat refraktif seperti rabun jauh, rabun dekat dan astigmatisma.
Cermin mata dan kanta sentuh menawarkan penyelesaian yang baik kepada mereka yang mempunyai masalah mata seperti ini. Walau bagaimanapun, sesetengah orang menganggapnya sangat menyusahkan. Mereka ingin melihat dengan jelas tanpa sebarang alat bantu penglihatan.
Pada masa kini, kita bertuah kerana kemajuan perubatan memungkinkan kita mendapatkan semula penglihatan yang jelas. Dengan itu, kita menyasarkan pembetulan penglihatan jangka panjang selain daripada cermin mata atau kanta sentuh biasa – Pembetulan Penglihatan Laser (LVC).
Bidang ini telah menyaksikan banyak perkembangan dalam tempoh 30 tahun. Khususnya, tiga teknik yang paling banyak dilakukan hari ini (PRK, FemtoLASIK dan SMILE) mampu merawat kebanyakan ralat refraktif dengan sangat berkesan dan lembut. Dengan prosedur paling canggih – SMILE, ia menyokong pengalaman pesakit yang selesa dengan kaedah invasif minimumnya yang inovatif.

Mata manusia sungguh menakjubkan. Sebagai organ paling kompleks kedua dalam tubuh manusia, mata adalah pintu kepada salah satu daripada lima deria kita – penglihatan.
Mata kita berfungsi seperti kamera yang mengumpul dan memfokuskan cahaya untuk membentuk imej objek pada filem. Komponen utama dalam mata kita yang menyumbang kepada penglihatan yang jelas adalah kornea, kanta kristal serta saiz dan bentuk bebola mata.
Dalam mata yang normal dan sihat, cahaya dari objek melalui kornea dan difokuskan terus pada retina di bahagian belakang mata di mana imej yang jelas terbentuk. Apabila dimensi komponen utama tidak sejajar, cahaya tidak akan fokus dengan jelas pada retina, yang mengakibatkan ralat refraktif seperti rabun jauh (miopia), rabun dekat (hiperopia) atau astigmatisma.

Dalam mata yang normal dan sihat, cahaya dari objek melalui kornea dan difokuskan terus pada retina di bahagian belakang mata di mana imej yang jelas terbentuk. Apabila dimensi komponen utama tidak sejajar, cahaya tidak akan fokus dengan jelas pada retina, yang mengakibatkan ralat refraktif seperti rabun jauh (miopia), rabun dekat (hiperopia) atau astigmatisma.

Rabun Jauh
Rabun jauh berlaku apabila kornea lebih melengkung daripada biasa dan/atau bebola mata lebih panjang daripada biasa, menyebabkan sinar cahaya fokus di hadapan retina. Objek yang jauh kelihatan kabur tetapi objek yang dekat adalah jelas.

Rabun Dekat
Rabun dekat berlaku bertentangan dengan rabun jauh di mana kornea kurang melengkung daripada biasa dan/atau bebola mata lebih pendek daripada biasa. Akibatnya, fokus cahaya jatuh di belakang retina dan mempengaruhi penglihatan dekat tetapi penglihatan jauh biasanya tidak terjejas.

Astigmatisme (Silau)
Astigmatisme disebabkan oleh bentuk kornea yang tidak sekata, menyebabkan cahaya yang melaluinya fokus pada lebih daripada satu titik. Penglihatan jarak jauh dan dekat umumnya akan terjejas.

SMILE merupakan jenis Pembetulan Penglihatan Laser yang paling baru diperkenalkan. Prosedur tanpa flap, invasif minimum, dan insisi kecil ini membentuk semula kornea dengan hanya satu laser – Femtosaat (Femtosecond). Laser Femtosaat yang sangat tepat mengukir secebis tisu kecil (lentikula) di dalam kornea yang kemudiannya dikeluarkan melalui insisi kecil bersaiz 2 hingga 4mm (80% lebih kecil berbanding LASIK). Ketepatan pemotongan yang luar biasa, kelajuan yang istimewa dan rawatan yang lembut menjadikannya platform ideal untuk pembedahan kornea yang maju.
SMILE menerima kelulusan FDA pada tahun 2016. Sehingga kini, lebih daripada 1.5 juta rawatan SMILE telah dilakukan di seluruh dunia. Setakat ini, terdapat lebih 1700 pakar bedah menggunakan SMILE di lebih 70 buah negara.
Teknologi di sebalik SMILE baru-baru ini telah dipaparkan dalam Latar Belakang Saintifik Hadiah Nobel dalam Fizik 2018.
Apakah kelebihan SMILE?
- Teknik invasif minimum bertindak jauh lebih lembut pada kornea.
- Prosedur pantas, hanya mengambil masa purata 24 saat untuk menyelesaikan rawatan.
- Insisi (potongan sisi) 80% lebih kecil berbanding LASIK.
- Risiko mata kering yang rendah dengan bantuan insisi kecil.
- Intervensi tisu kornea yang minimum menawarkan potensi untuk mengekalkan kestabilan biomekanikal kornea.
- Pemulihan penglihatan yang cepat. Pesakit biasanya boleh kembali bekerja sejurus selepas prosedur.
- Tiada komplikasi berkaitan flap (lapisan kornea).
- Laser tidak berbau dan berfungsi secara senyap.
Langkah-langkah rawatan:

Langkah 1: Penghasilan lentikula
Secebis tisu kornea kecil (lentikula) dan satu insisi kecil dihasilkan di dalam kornea yang utuh.

Langkah 2: Pengeluaran lentikula
Lentikula dikeluarkan melalui insisi dengan gangguan minimum terhadap biomekanik kornea.

Langkah 3: Membetulkan ralat penglihatan
Pengeluaran lentikula mengubah bentuk kornea, sekaligus mencapai pembetulan penglihatan.
Gérard Mourou, École Polytechnique, Palaiseau, Perancis dan Universiti Michigan, Ann Arbor, Amerika Syarikat, serta Donna Strickland, Universiti Waterloo, Kanada, telah dianugerahkan Hadiah Nobel atas "kaedah mereka menjana denyutan optik ultra-pendek berintensiti tinggi".

LASIK telah menjadi kaedah pembetulan penglihatan secara pembedahan yang paling popular sejak ciptaannya pada tahun 90-an. Pembetulan dilakukan dengan menggunakan laser eksimer untuk membentuk semula kornea tetapi dengan penghasilan flap (lapisan) kornea. Flap tersebut boleh dihasilkan sama ada melalui instrumen mekanikal (Mikrokeratom) atau menggunakan laser femtosaat. Digabungkan dengan laser femtosaat, flap yang sangat tepat dapat dihasilkan dengan cepat dan komplikasi berkaitan flap selepas pembedahan dapat dikurangkan dengan banyak.
Dalam prosedur FemtoLASIK, laser femtosaat digunakan untuk menghasilkan flap bersaiz 22mm. Laser eksimer kemudiannya digunakan untuk membentuk semula tisu dalaman kornea di bawah flap tersebut. Ralat biasan diperbetulkan semasa flap dilipat kembali dengan perlahan. Sebaik sahaja langkah pembentukan semula selesai, flap diletakkan semula ke kedudukan asalnya, melindungi mata seperti pembalut semula jadi.
Pemulihan penglihatan selepas pembedahan FemtoLASIK secara amnya lebih cepat berbanding PRK, mereka boleh menyambung aktiviti harian beberapa hari selepas rawatan.
Langkah-langkah rawatan:

Langkah 1: Penghasilan flap
Denyutan laser femtosaat digunakan untuk menghasilkan flap pada permukaan kornea.

Langkah 2: Flap dilipat ke belakang
Flap dilipat ke belakang, mendedahkan tisu dalaman kornea untuk dirawat.

Langkah 3: Membentuk semula kornea
Laser eksimer membuang tisu kornea dalam masa beberapa saat, sekaligus membetulkan kecacatan penglihatan.

Langkah 4: Meletakkan semula flap
Flap dikembalikan ke kedudukan asal, melindungi mata seperti pembalut semula jadi.

Konsep pembedahan refraktif laser adalah untuk mengubah bentuk bahagian luar mata manusia – kornea, supaya cahaya yang memasuki mata akan dikesan pada retina untuk penglihatan yang jelas. PRK merupakan pembetulan penglihatan laser pertama yang diperkenalkan pada akhir 1980-an.
Ini memerlukan masa pemulihan penglihatan yang sedikit lebih lama dan boleh disertai dengan beberapa ketidakselesaan. Secara amnya, titisan mata penahan sakit akan dipreskripsikan semasa tempoh penyembuhan awal.
PRK diterima baik hari ini sebagai penyelesaian terbaik untuk calon yang mempunyai kornea yang agak nipis atau parut kornea.
Langkah-langkah rawatan:

Langkah 1: Penyediaan lapisan
Larutan alkohol cair disapu pada kornea untuk melonggarkan lapisan epitelium.

Langkah 2: Pembuangan lapisan
Lapisan epitelium kemudiannya dibuang menggunakan instrumen khas.

Langkah 3: Membentuk semula kornea
Laser eksimer membentuk semula tisu kornea dalam masa beberapa saat untuk membetulkan kecacatan penglihatan.

Langkah 4: Perlindungan mata
Akhir sekali, kanta lekap pelindung (bandage lens) diletakkan pada mata sehingga epitelium tumbuh semula dalam masa beberapa hari.

Buat Temujanji

Temui Pakar

Selamat Tinggal Cermin Mata


Temujanji
Hubungi kami untuk menjadualkan Penilaian Pra-Operatif yang menyeluruh dan berhenti memakai kanta lekap seperti yang dinasihatkan.

Konsultasi
Penilaian Pra-Operatif dengan sesi kaunseling peribadi, diikuti oleh Konsultasi Doktor.

Prosedur
Lengkapkan rawatan dan sedia untuk didiscaj dalam masa satu hari sahaja. Nikmati penglihatan baharu anda tetapi jangan lupa pemeriksaan selepas pembedahan anda.
-
Adakah LVC sesuai untuk semua pemakai cermin mata?
Tidak. Tetapi, LVC sesuai untuk kebanyakan pemakai cermin mata dan/atau kanta lekap yang ingin membetulkan penglihatan mereka melalui pembedahan. Penilaian pra-operatif LVC yang menyeluruh diperlukan untuk memeriksa kesesuaian anda sebelum rawatan. -
Adakah perlu memakai cermin mata semula selepas LVC?
Ya, terdapat kemungkinan kita masih memerlukan cermin mata pada suatu ketika dalam hidup kerana kita akan mengalami presbiopia (kesukaran membaca objek dekat) faktor usia jika kita panjang umur. LVC bertujuan untuk mengurangkan pergantungan kepada cermin mata/kanta lekap, sesetengah yang telah menjalani LVC dapat menikmati penglihatan yang jelas selama 30 tahun sebelum memerlukan cermin mata membaca. -
Adakah rawatan LVC menyakitkan?
Tidak, tiada rasa sakit semasa rawatan tetapi anda mungkin berasa sedikit tekanan dan sentuhan di sekitar mata. -
Berapa lamakah masa pemulihan dan adakah saya perlu tinggal di rumah selepas prosedur? Berapa cepat saya boleh mula bekerja semula?
Proses pemulihan berbeza mengikut jenis rawatan. Secara amnya, ia mengambil masa kira-kira 3 hari untuk mendapatkan semula penglihatan fungsian. Kami menasihatkan anda berehat di rumah sekurang-kurangnya satu hari selepas prosedur. Tempoh masa untuk seseorang kembali bekerja bergantung pada jenis pekerjaan mereka. Kami biasanya menasihatkan untuk tidak melakukan kerja berat selama 3 hari pertama. -
Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh dilakukan selepas rawatan LVC.
Perlu dilakukan:-- Dapatkan rehat secukupnya
- Ikuti arahan doktor tentang rejim ubat dengan ketat
- Hadiri semua temu janji susulan
- Gunakan pelindung mata semasa tidur pada minggu pertama
- Jaga mata anda dengan lebih teliti
- Hubungi kami segera jika anda mengalami sakit mata/lelehan kekuningan/mata merah/penglihatan kabur secara tiba-tiba
- Jangan gosok atau picit mata anda 1 hingga 2 minggu selepas rawatan
- Jangan biarkan air masuk ke dalam mata pada minggu pertama
- Jangan mengubat sendiri (sila hubungi kami jika anda ragu-ragu tentang rejim ubat)
- Jangan gunakan sebarang produk kosmetik di sekitar mata pada minggu pertama
- Elakkan tempat berhabuk dan berasap pada minggu pertama
- Elakkan senaman berat pada minggu pertama
- Tiada aktiviti berenang, kolam air panas, sauna, jakuzi, sukan sentuh dan elakkan sebarang jenis sukan air untuk bulan pertama.
-
Adakah LVC selamat? Adakah LVC akan menyebabkan buta?
Selepas berdekad penambahbaikan dalam teknologi LVC, rejim pembedahan yang diperhalusi dan ubat-ubatan yang berkesan, LVC dianggap sebagai prosedur yang selamat. Sudah tentu, semua pembedahan mempunyai risiko. Walau bagaimanapun, risiko rawatan LVC dianggap sangat rendah. Tidak pernah ada kes buta yang berkaitan secara langsung dengan LVC. Keradangan atau jangkitan selepas pembedahan boleh membawa kepada buta, itulah sebabnya doktor kami memantau keadaan mata anda dengan teliti selepas rawatan. -
Apakah kesan sampingan prosedur LVC?
Semua pembedahan datang dengan risiko dan kesan sampingan tertentu, rawatan LVC tidak terkecuali. Mujurlah, kebanyakan kesan sampingan rawatan LVC adalah jangka pendek dan sesetengah pesakit mungkin tidak mengalaminya langsung. Kesan sampingan biasa ialah mata kering, kerengsaan ringan dan berair. Titisan mata pelembap akan dipreskripsikan untuk mengatasi masalah mata kering. Kerengsaan ringan dan berair biasanya berlaku untuk beberapa jam pertama selepas rawatan, pesakit dinasihatkan untuk menutup mata dan berehat dalam tempoh ini. Kesan sampingan sementara yang lain adalah silau & halo serta turun naik penglihatan kecil yang biasanya akan stabil selepas 3 bulan. -
Berapa lamakah masa yang diambil untuk prosedur ini?
Prosedur biasanya mengambil masa 20 hingga 30 minit dan pesakit akan bersedia untuk pulang selepas itu. -
Bagaimanakah saya menyediakan diri untuk penilaian LVC?
Bagi mereka yang hanya memakai cermin mata, anda boleh menjadualkan penilaian kesesuaian LVC pada bila-bila masa mengikut keselesaan anda.- Untuk pemakai Kanta Lekap Lembut, anda dinasihatkan untuk berhenti memakai kanta lekap sekurang-kurangnya 3 hari sebelum penilaian kesesuaian LVC anda. Kami menasihatkan anda untuk menempah tarikh penilaian supaya lebih mudah bagi anda mengukur tarikh untuk berhenti memakai kanta lekap.
- Untuk orang yang memakai Kanta Lekap Keras atau kanta Rigid Gas Permeable (RGP), sila berhenti memakai kanta lekap anda sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum penilaian kesesuaian LVC. Kami sekali lagi menasihatkan anda untuk menempah tarikh untuk penilaian dan berhenti memakai kanta 2 minggu sebelum temu janji.
-
Jika saya didapati sebagai calon yang sesuai untuk rawatan LVC, apakah langkah seterusnya?
Jika anda dianggap sesuai untuk rawatan LVC, anda boleh menjadualkan pembedahan anda. Sila ambil perhatian bahawa anda memerlukan beberapa hari lagi untuk berehat selepas pembedahan. Kami akan membantu anda dalam mengatur jadual untuk memasukkan tempoh pemulihan awal. -
Bagaimanakah saya menyediakan diri pada hari rawatan LVC?
Pada hari rawatan anda, sila JANGAN gunakan sebarang kosmetik, minyak wangi berasaskan alkohol, pewangi, berhenti memakai kanta lekap (rujuk 9) dan TIDAK dibenarkan memandu. Anda dinasihatkan untuk memakai baju berbutang depan (memudahkan untuk menukar jika perlu) dan membawa sepasang kermin mata hitam. -
Adakah saya perlu tinggal di hospital selepas rawatan?
Kebiasaannya pesakit tidak perlu tinggal di hospital selepas rawatan LVC. Walau bagaimanapun, kami boleh memberi nasihat dan membuat pengaturan bagi mereka yang lebih gemar dijaga oleh kakitangan perubatan profesional kami. -
Berapa kerap saya perlu diperiksa selepas rawatan?
Secara amnya, temu janji susulan akan dijadualkan pada 1 Hari, 3 Hari, 1 Minggu, 1 Bulan dan 3 Bulan selepas rawatan. Semua pesakit dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan mata setiap tahun. -
Apa yang boleh dilakukan jika saya menghidap katarak bertahun-tahun selepas saya melakukan LVC?
Katarak biasanya merupakan keadaan mata yang berkaitan dengan usia, bermakna semua orang akan menghidap katarak pada suatu ketika nanti dalam hidup kita dan ia menyebabkan penglihatan kabur. Ia memerlukan pembedahan (Pembedahan Pembuangan Katarak) untuk memulihkan penglihatan. Walau bagaimanapun, Pembedahan Pembuangan Katarak adalah prosedur yang berbeza daripada rawatan LVC. Pembedahan Pembuangan Katarak melibatkan pembuangan dan penggantian struktur mata dalaman – kanta kristalin, manakala LVC membentuk semula bahagian luar mata – kornea. Oleh itu, seseorang masih boleh menjalani Pembedahan Pembuangan Katarak jika dia dianggap sebagai calon yang sesuai walaupun mempunyai sejarah perubatan LVC. -
Untuk pesakit luar negara – Adakah saya perlu menghadiri semua temu janji susulan? Bagaimana jika saya hanya boleh meluangkan masa beberapa hari di Malaysia untuk rawatan?
Jika anda melancong dari luar negara atau negeri lain di Malaysia, sila berada di sini selama kira-kira 3 hingga 7 hari selepas rawatan. Lawatan pasca-operatif Hari ke-1, Hari ke-3 dan Minggu ke-1 adalah sangat penting bagi kami untuk memantau perkembangan pemulihan. Keradangan dan jangkitan lebih biasa dikesan pada minggu pertama selepas rawatan dan ia adalah masa keemasan untuk rawatan awal. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang tidak dapat menghadiri setiap susulan, mereka dinasihatkan untuk berunding dengan doktor mata di destinasi seterusnya pada tarikh pemeriksaan yang disyorkan. -
Jika saya didapati TIDAK sesuai untuk rawatan LVC, adakah terdapat prosedur lain yang boleh saya jalani?
Jika anda didapati tidak sesuai sebagai calon LVC selepas penilaian, doktor kami akan menasihatkan alternatif berdasarkan keadaan mata anda. Terdapat cara lain untuk membetulkan penglihatan anda selain cermin mata dan kanta lekap, seperti Kanta Kolamer Boleh Tanam (ICL), Pertukaran Kanta Refraktif (RLE), Pembedahan Pembuangan Katarak, OrthoKeratology (Ortho-K) dan sebagainya.
| Telefon Bimbit: | +6019 229 8672 |
| Faks: | +603-7491 1407 |
| Lokasi: | Tingkat 1, Menara B |
| Emel: | [email protected] |
| Waktu Operasi: |
Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 5.00 petang Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 tengah hari |




