Destinasi Pelancongan Perubatan Ideal Anda

Terletak di tengah-tengah Sunway City, Malaysia, Pusat Perubatan Sunway (SMC) berdiri sebagai mercu tanda kecemerlangan dalam pelancongan perubatan dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dalam ekosistem bandar yang bersepadu. Pusat perubatan kami dikelilingi oleh pelbagai kemudahan termasuk hotel, pusat beli-belah, taman tema dan institusi pendidikan, sekali gus memastikan pengalaman yang holistik dan mudah bagi pelancong perubatan.

SMC telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, iaitu disenaraikan antara 250 teratas hospital terbaik di peringkat global dan diiktiraf sebagai Hospital No. 1 di Malaysia oleh Newsweek. Pengiktirafan berprestij ini menekankan komitmen kami dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang luar biasa. Kami memegang akreditasi daripada Joint Commission International (JCI), Australian Council on Healthcare Standards (ACHS), dan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH) yang mencerminkan pematuhan kami terhadap standard tertinggi dalam penjagaan dan keselamatan pesakit.

Pusat perubatan kami mempunyai 6 menara dengan kapasiti semasa sebanyak 848 katil dan bakal berkembang kepada 1,100 katil menjelang tahun 2026. SMC mempunyai lebih daripada 350 pakar berpengalaman termasuk sub-pakar bagi memenuhi pelbagai keperluan pesakit kami. Pusat Perubatan Sunway (SMC) dilengkapi dengan teknologi perubatan terkini dan paling canggih seperti Aible, Mako, Rosa, Pisau Gamma, TrueBeam, Da Vinci, Philips Azurion, Terapi Radiasi Intraoperatif (IORT), Termoterapi, Brakiterapi dan banyak lagi.

Bersebelahan dengan SMC ialah Pusat Persaraan Aktif Sunway Sanctuary, sebuah fasiliti mesra yang menawarkan perkhidmatan menyeluruh buat pesara yang aktif. Pusat ini menampilkan ruang kediaman yang direka dengan elegan, layanan hospitaliti yang luar biasa dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan warga emas. Ia merangkumi satu tingkat khusus untuk pesakit antarabangsa dan keluarga mereka dengan tujuan memastikan tahap perkhidmatan yang membezakan kami daripada hospital lain di rantau ini.

Bagi melayani pesakit dari pelbagai negara, Pusat Perubatan Sunway (SMC) menawarkan Pusat Sehenti Pesakit Antarabangsa (IPC). IPC menyediakan perkhidmatan seperti janji temu pesakit, anggaran kos, perkhidmatan jurubahasa, pengaturan penginapan, pemindahan perubatan (medical evacuation) dan pengangkutan lapangan terbang. Pesakit antarabangsa juga boleh menikmati keselesaan di Ruang Rehat Pesakit Antarabangsa (International Patient Lounge). Bagi mereka yang memerlukan penjagaan tambahan, Penyelaras Penjagaan Pesakit (PCC) kami yang berdedikasi memastikan pengalaman penjagaan kesihatan yang lancar dan luar biasa.

Pusat Perubatan Sunway juga bergabung dengan Jeffrey Cheah School of Medicine & Health Sciences, Monash University Malaysia untuk terus memenuhi permintaan pendidikan, latihan dan penyelidikan perubatan.

Lawati SMC International >

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IPC kami:

Emel: [email protected]
Whatsapp: +6019-200 9191
Pemindahan Perubatan: +6019-224 4179
URL: https://www.sunwaymedicalinternational.com/