Varian TrueBeam STx

Teknologi Varian  TrueBeam™ STx  merupakan inovasi revolusioner dalam rawatan kanser. Ia memperluaskan pilihan rawatan radioterapi walaupun untuk kes-kes kanser yang paling mencabar di paru-paru, payudara, kepala dan leher, abdomen, hati dan kawasan lain.

Sistem ini menggunakan pengimejan 3D yang canggih untuk mensasarkan dan merawat tumor bagi pelbagai bentuk, saiz dan lokasi dengan kejituan yang tinggi. Imej boleh dijana menggunakan dos sinar-X yang 25% lebih rendah. Imej-imej ini digunakan untuk melaras kedudukan pesakit secara tepat sebelum dan semasa proses rawatan.

Ketepatan sistem ini diukur dalam julat kurang daripada satu milimeter. Ketepatan ini dapat dicapai menerusi seni bina canggih sistem yang menyelaraskan pengimejan, penyesuaian kedudukan pesakit, pengurusan pergerakan, pembentukan alur dan penyampaian dos. Sistem ini menjalankan semakan ketepatan pada setiap sepuluh milisaat di sepanjang keseluruhan rawatan.

Terapi sinaran pemecut linear (LINAC) ialah satu bentuk terapi sinaran pancaran luaran yang menggunakan elektrik untuk menghantar sinaran bertenaga tinggi yang digunakan untuk merawat kanser. Ciri uniknya ialah keupayaannya untuk menyesuaikan sinaran agar sesuai dengan bentuk tumor dan memusnahkan sel kanser di samping menyelamatkan tisu normal dan sihat di sekelilingnya. Radioterapi telah terbukti sebagai rawatan yang berkesan untuk pelbagai masalah klinikal, dan terapi sinaran pemecut linear boleh digunakan untuk merawat semua bahagian badan, dari kepala hingga kaki.

Pemecut linear untuk rawatan kanser merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang lebih suka pilihan rawatan yang selamat dan bebas kesakitan . Ciri keselamatan terbina dalam terapi radiasi pemecut linear adalah untuk memastikan dos yang diberikan tidak melebihi dos yang ditetapkan, dan keseluruhan proses rawatan sentiasa dipantau oleh ahli fizik perubatan yang bertauliah dan berpengalaman.

Memilih pemecut linear untuk rawatan kanser merupakan satu keputusan yang bijak dan berkesan bagi seseorang pesakit kanser. Kini, ia merupakan salah satu modaliti rawatan kanser yang paling banyak digunakan di pelbagai pelosok dunia, dan boleh didapati di Pusat Perubatan Sunway.

 

Lawati laman web Pusat Kanser Sunway
Pusat Kanser Sunway