
Pusat Perubatan Sunway dengan bangganya memperkenalkan Radixact-X9 Tomotherapy, sistem penyampaian rawatan tumor berpandukan imej generasi akan datang yang menggunakan pancaran sinar-x yang diperhalusi untuk memberikan ketepatan rawatan yang tiada tandingan kepada pesakit.
Lihat. Rancang. Rawat.
Radixact-X9 Tomotherapy menyediakan platform bersepadu sepenuhnya untuk perancangan rawatan pintar yang unik, pengurusan data dan penyampaian rawatan.
| LIHAT | RANCANG | RAWAT |
|---|---|---|
|
|
|
Kebolehgunaan yang pelbagai dalam tindakan.
Pemantauan masa nyata.
Direka khas untuk menampung semua bentuk pergerakan pesakit dan tumor melalu pengimejan harian, Radixact-X9 Tomotherapy menggunakan pengimejan masa nyata untuk membimbing rawatan setiap hari, membolehkan doktor melaraskan rawatan pesakit berdasarkan perubahan terkecil dalam anatomi pesakit secara berterusan.
Ketepatan yang mengubah keadaan.
Tomoterapi Radixact-X9 membolehkan penghantaran berterusan dari 360 darjah di sekeliling pesakit dengan dos yang sangat sepadan dan sekata pada tumor. Seorang doktor juga boleh memberikan rawatan dari sudut tetap yang khusus, membentuk radiasi kepada tumor di samping memelihara tisu yang sihat.
Perancangan dan penyampaian rawatan pintar.
Sistem terapi radiasi yang pintar dan unik, Radixact-X9 Tomotherapy, direka khas untuk menyampaikan rawatan yang tepat dan boleh disesuaikan mengikut pelbagai keperluan klinikal individu pesakit. Terapi radiasi adaptif automatik ini juga membolehkan pakar klinikal mengenalpasti pesakit yang memerlukan perancangan semula rawatan dengan mudah, sekali gus membawa ketepatan rawatan ke tahap yang baharu.
Rawatan revolusioner yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan anda.
Menggunakan pancaran sinar-x yang diperhalusi dan teknologi pengimejan generasi akan datang, Radixact-X9 Tomotherapy dibina untuk memberikan fleksibiliti yang belum pernah terjadi sebelumnya dalam menyediakan rawatan peribadi untuk pelbagai kemungkinan indikasi.
Buat temujanji dengan kami. Sekarang
Di Pusat Perubatan Sunway, kami melengkapi pasukan perubatan kami dengan teknologi dan sistem rawatan terkini untuk memberikan penjagaan berasaskan nilai dan merawat pelbagai indikasi dengan hasil yang berkualiti tinggi. Kami sedia memahami keperluan khusus anda dan menyesuaikan pelan rawatan radioterapi untuk anda dengan sewajarnya. Buat temu janji dengan pakar onkologi yang merawat anda sekarang untuk menentukan jenis rawatan yang paling sesuai dengan keadaan anda.
Hubungi
Untuk maklumat lanjut atau temujanji, sila hubungi:
| Tel: | +603-7491 1394 |
| Faks: | +603-7491 1429 |
| Emel: | [email protected] |
| Lokasi; | LG, Menara C |


