Terapi Sinaran Intraoperatif INTRABEAM (IORT)

IORT bermaksud Radioterapi Intraoperatif — satu teknik penyampaian radioterapi terus ke tisu-tisu di sekeliling kanser (juga dikenali sebagai katil tumor) semasa pembedahan. Teknik ini dapat mengurangkan pendedahan radiasi dan tempoh masa rawatan dengan ketara.

Terapi inovatif ini diakuai semasa proses lumpektomi, iaitu sejurus enyingkiran kanser. INTRABEAM IORT diberikan menggunakan peranti radiasi mini yang dimasukkan ke dalam insisi lumpektomi.

Radiasi terapeutik kemudiannya diarahkan secara serta-merta dan tepat di tempat yang paling diperlukan – iaitu lokasi di mana kanser telah dibuang. Menumpukan radiasi di dalam payudara adalah berkesan kerana kajian menunjukkan bahawa kawasan inilah yang paling berisiko untuk kanser berulang. RAWATAN INTRABEAM IORT diberikan sebagai rawatan selama 30 hingga 45 minit semasa pembedahan

Soalan Lazim

Adakah INTRABEAM IORT sesuai untuk saya?
INTRABEAM IORT boleh diberikan kepada semua pesakit yang menjalani lumpektomi. Secara tradisional, radioterapi pancaran luaran (EBRT) selepas lumpektomi diberikan dalam 15 sesi sebagai radiasi keseluruhan payudara diikuti 8 sesi sebagai "dos tambahan" kepada kawasan bekas tumor.

Apakah faedah IORT?

  • Ia membolehkan radiasi langsung ke kawasan yang terjejas di samping mengurangkan beberapa kesan sampingan rawatan
  • Ia mengelakkan jurang masa antara pembedahan dan radioterapi payudara pancaran luaran
  • IORT diberikan sebagai dos tunggal, manakala EBRT diberikan setiap hari selama 5 – 6.5 minggu. Oleh itu, rawatan IORT adalah lebih pendek dan mengelakkan lawatan harian yang berpanjangan ke hospital.
  • Terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa IORT sahaja boleh memberikan hasil kosmetik yang lebih baik

Apakah kesan sampingan IORT yang mungkin berlaku?
Pesakit mungkin mengalami kesan sampingan yang sangat ringan. Biasanya ia serupa dengan EBRT. Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku ialah:

  • Kemerahan dan kesakitan kulit
  • Keletihan
  • Kesan yang mungkin berlaku pada penyembuhan luka (parut terasa keras)
  • Seroma. Pengumpulan cecair di tempat tumor dibuang. Ia boleh dirawat sama ada dengan membiarkannya begitu sahaja atau mengalirkan cecair menggunakan jarum.
  • Komplikasi luka yang serius jarang berlaku

Bolehkah tumor tumbuh semula?
Ya, sentiasa ada risiko tumor tumbuh semula di payudara walaupun pembedahan mastektomi telah dilakukan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa terdapat peluang yang sama, kira-kira 2% selepas 5 tahun IORT atau radiasi standard, untuk kanser berulang.