Sunway Healthcare Group Mengumpul Lebih 300 Beg Darah untuk Pusat Darah Negara

24 June 2022

Kumpulan Penjagaan Kesihatan Sunway (SHG) telah mengumpul lebih 300 beg darah untuk Bank Darah Kebangsaan selepas satu kutipan derma yang dianjurkan dari 13 hingga 17 Jun 2022.

Inisiatif ini diterajui oleh cabang tanggungjawab sosial korporat kumpulan itu, Sunway Healthcare Foundation, dengan kerjasama Pusat Perubatan Sunway dan cawangan Sunway Medical Centre Velocity sempena Hari Penderma Darah Sedunia pada 14 Jun.

Tiga lokasi telah dipilih, iaitu Pusat Perubatan Tradisional dan Komplementari Sunway (PTC) @ Sunway Geo; Pusat Perubatan Sunway Velocity, KL; dan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway.

Ketua bahagian perolehan Pusat Darah Negara, Dr Thane Moze Darumalinggam berkata dengan lebih ramai rakyat Malaysia menderma darah secara berkala, ia dapat terus membantu mereka yang memerlukan memandangkan permintaan darah dalam kalangan pesakit adalah berterusan. 

“Kami berterima kasih kepada syarikat-syarikat seperti SHG kerana menganjurkan kempen derma darah seperti ini. Kami memuji sokongan mereka dan dedikasi sukarelawan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pakar perunding hematologi Pusat Perubatan Sunway , Datuk Dr Chang Kian Meng menjelaskan bahawa penurunan bekalan darah akibat pandemik merupakan satu perkara yang membimbangkan.

“Sungguh menggembirakan melihat sambutan yang baik dalam kempen derma kami daripada orang ramai daripada semua peringkat umur dan kaum yang memainkan peranan mereka untuk masyarakat. 

“Kami berharap usaha kami ini dapat membantu Pusat Darah Negara mencapai sasarannya pada tahap optimum.

“Selain usaha sekali sahaja ini, matlamat kami juga adalah untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia terus menderma darah secara berkala,” katanya. 

Orang ramai yang ingin menderma darah boleh mendaftar di  www.pdn.gov.my

Sumber: Rizab Malaysia

   Kembali