Menentang Diabetes Bersama Sunway Medical Centre

21 November 2022

Sempena Hari Diabetes Sedunia ini, Pusat Perubatan Sunway (SMC), Bandar Sunway berusaha untuk memperkasakan orang ramai bagi menjaga dan meningkatkan kesihatan mereka melalui pelbagai aktiviti di hospital di Bandar Sunway sehingga 30 November.

Antara lain, hospital ini menyediakan pemeriksaan kesihatan komprehensif percuma melalui temujanji sahaja.

Pendidik diabetes, pakar optometri dan pakar diet SMC akan menjalankan ujian glukosa darah, saringan mata, dan pengukuran otot dan lemak badan serta nasihat diet. Slot tersedia berdasarkan siapa cepat dia dapat dan mereka yang berminat boleh mendaftar di  https://bit.ly/3fWK56B

Ambil langkah pertama dalam mengatasi diabetes dan kunjungi SMC, Sunway City dalam tempoh ini.

Sumber: The Star 

   Kembali