Sistem Pembedahan da Vinci

Sistem Pembedahan da  Vinci  ialah platform pembedahan yang direka untuk membolehkan pembedahan kompleks dilakukan menggunakan pendekatan minima invasif. Sistem Pembedahan da Vinci terdiri daripada konsol pakar bedah yang ergonomik (satu atau lebih), troli bersebelahan pesakit dengan tiga atau empat lengan interaktif, sistem penglihatan berprestasi tinggi dan EndoWrist ® proprietari. Dikuasakan oleh teknologi canggih, Sistem Pembedahan da Vinci direka bentuk untuk melaras, menapis dan menterjemahkan pergerakan tangan pakar bedah dengan lancar kepada pergerakan instrumen EndoWrist yang lebih tepat.

Hasilnya, sistem ini menawarkan gabungan kawalan mudah dan teknologi pembedahan canggih. Dengan menyediakan visualisasi unggul, ketangkasan yang ditingkatkan, kejituan lebih tinggi dan keselesaan ergonomik kepada pakar bedah berbanding pendekatan pembedahan lain, Sistem Pembedahan da Vinci membolehkan pakar bedah mahir menjalankan prosedur minima invasif yang melibatkan prosedur pemotongan tisu atau pembinaan semula yang kompleks.

 

Lawati laman web Pusat Pembedahan Robotik Sunway kami:
Pusat Pembedahan Robotik