Pusat Urologi

 

Selamat datang ke Pusat Urologi di Pusat Perubatan Sunway yang menawarkan penyelesaian pengurusan dan rawatan pakar untuk semua keadaan urologi.

Urologi ialah pengkhususan pembedahan yang berkaitan dengan penyakit saluran kencing & pembiakan pada lelaki serta penyakit saluran kencing pada wanita.

Ini termasuk penyakit yang menjejaskan pundi kencing, uretra, ureter, buah pinggang dan kelenjar adrenal termasuk dengan epididimis, zakar, prostat, vesikel mani dan testis khususnya pada lelaki.

Penyakit urologi termasuk yang berikut:

  • Batu karang buah pinggang, ureter dan pundi kencing
  • Pundi kencing yang terlalu aktif
  • Disfungsi seksual
  • Jangkitan Urologi
  • Pembesaran prostat jinak
  • Inkontinens urinari
  • Kemandulan lelaki
  • Kanser Ginjal, Prostat, Pundi Kencing, Testis, Zakar dan Uretra

 

Perkhidmatan & Prosedur yang Ditawarkan

Pusat Urologi merupakan pusat urologi komprehensif yang menyediakan perkhidmatan umum dan khusus bagi semua keadaan urologi di satu lokasi. Ini termasuk:

Klinik urologi pesakit luar moden
• Suite endoskopi & klinik biopsi prostat
• Litotripsi (ESWL) di lokasi untuk memecahkan batu karang
• Integrasi dengan perkhidmatan radiologi, makmal dan patologi
• Pasukan kanser urologi pelbagai disiplin
• Terapi radiasi di lokasi di Pusat Kanser & Radiosurgeri
• Integrasi dengan pusat pembedahan harian

 

Terapi Ekspulsif Perubatan


Ubat diberikan dengan tujuan untuk mengeluarkan batu ureter yang bersaiz sesuai secara spontan.

 

Ureteroskopi / Ureterorenoskopi Fleksibel (URS / F-URS)


Tiub yang sangat nipis (ureteroskop) dimasukkan ke dalam saluran kencing ke lokasi batu karang di mana instrumen seperti bakul batu atau laser Holmium kemudiannya boleh digunakan untuk membuang batu atau memecahkannya untuk penyingkiran yang lebih mudah.

 

Litotripsi Gelombang Kejutan (ESWL)


Prosedur yang biasa digunakan ini menggunakan gelombang kejutan untuk memecahkan batu karang. Ia merupakan teknik pembedahan yang paling kurang invasif dan biasanya dilakukan sebagai prosedur penjagaan harian.

 

Nefrolitotomi Perkutan (PCNL)


Teknik pembedahan ini digunakan untuk jenis batu karang yang terbesar. Ia biasanya memerlukan hirisan kecil (1 cm) di bahagian sisi atau belakang serta penggunaan endoskopi untuk membuang batu karang.

 

Maklumat Perhubungan

Untuk maklumat lanjut atau janji temu, sila hubungi:

Tel:  +603-7497 1050 / +603-74971051

Faks:  +603-7491 1240

 

Waktu Operasi:

Isnin-Jumaat: 8.30 pagi–5.30 petang
Sabtu: 8.30 pagi–1.00 petang