Mengenai Kami
Kami memahami bahawa perjuangan melawan kanser memberi beban yang besar kepada tubuh, hati, dan minda anda. Itulah sebabnya kami mahu menjadikan perjalanan menuju pemulihan seselesa, semudah, dan sejimat yang mungkin untuk anda.
Pusat Kanser Sunway adalah pusat penjagaan kanser komprehensif yang menyokong pesakit dengan pelbagai jenis kanser, daripada yang biasa hinggalah yang jarang ditemui. Pakar dan kakitangan penjagaan kesihatan kami berikrar untuk mendedikasikan kehidupan profesional mereka untuk memerangi kanser dan mengurangkan kesakitan serta penderitaan pesakit.
Pendekatan kami adalah holistik dan penuh ihsan, sentiasa berada di sisi pesakit sepanjang seluruh perjalanan kanser mereka, daripada diagnosis hingga pemulihan penuh.
KETAHUI LEBIH LANJUT
Rawatan dan Prosedur
Walaupun dalam jenis kanser yang sama, perancangan rawatan boleh menjadi sangat berbeza untuk individu yang berbeza. Kami sentiasa memastikan rawatan kami diperibadikan, diiktiraf secara klinikal, dipacu oleh penyelidikan dan keputusan, serta mampu memulihkan pesakit dalam masa, kos, dan ketidakselesaan yang paling minimum.
Kami sentiasa memastikan pilihan dan program rawatan kami adalah yang paling luas, maju, dan selamat untuk pesakit. Pusat ini dilengkapi dengan ubat-ubatan kemo terkini, teknologi radioterapi, serta pengalaman yang terbukti keberkesanannya dalam kaedah rawatan moden daripada terapi sasaran, radiologi intervensi, terapi radionuklid sasaran, terapi hormon, imunoterapi, krioterapi dan pembedahan hinggalah ke program yang lebih ringkas seperti pemerhatian dan pemantauan.
Leksell Gamma Knife® Icon™
Varian TrueBeam STx
Radixact-X9 Tomotherapy
Sistem Pembedahan Da Vinci
Intraoperatif INTRABEAM
Brakiterapi
Perkhidmatan Kesihatan Bersekutu
Selain merawat kanser, kami juga mahu pesakit terus menjalani kehidupan normal dengan penyertaan maksimum terhadap kehidupan keluarga, pekerjaan, sosial dan peribadi. Perkhidmatan kesihatan sokongan kami diterajui oleh ahli profesional terlatih untuk membantu pesakit mengawal semula kehidupan mereka dengan menambah baik fungsi tubuh, membayangkan semula gaya hidup, melegakan kesakitan serta menawarkan pelbagai rancangan penjagaan yang relevan.
Pusat Kanser Sunway bekerjasama rapat dengan pasukan kesihatan bersekutu Pusat Perubatan Sunway termasuk Perubatan Paliatif, Dietetik & Pemakanan, Kejururawatan Di Rumah, Pertuturan & Pendengaran, Perubatan Fizikal & Rehabilitasi serta Psikiatri & Kesihatan Tingkah Laku bagi memberikan sokongan dan empati menyeluruh di luar bilik rawatan kanser.
Keupayaan dan Kapasiti
Sebagai salah satu pusat radioterapi terbesar di negara ini, Pusat Kanser Sunway turut mendapat manfaat daripada pasukan kanser berskala penuh yang terdiri daripada pakar onkologi, pakar bedah, pakar patologi, pakar perubatan, pakar radiologi, ahli fizik perubatan, ahli terapi sinaran dan jururawat onkologi. Di antara mereka, kami mempunyai 8 pakar onkologi, 6 pakar hematologi, 3 pakar hematologi & onkologi pediatrik, 3 pakar perubatan nuklear dan 3 pakar radiologi intervensi.
Semua pakar onkologi bekerjasama dengan pakar bedah dan pakar perubatan daripada lebih 60 kepakaran perubatan lain. Mereka menggunakan sepenuhnya 6 mesin radioterapi berteknologi tinggi yang boleh didapati di Pusat ini termasuk robotik pembedahan, peranti invasif minimum, sistem pengimejan, saringan dan diagnostik terkini serta makmal digital khusus yang lengkap dengan kakitangan. Semuanya terletak di dalam hospital.
Pesakit di Pusat ini juga mendapat manfaat daripada wad harian kemo yang luas dan menenangkan serta wad onkologi khusus bagi memberi penjagaan lebih peribadi yang menggalakkan harapan, keselesaan dan hasil yang terbaik.
LIHAT PROFIL DOKTOR
Mohon Janji Temu
Kami memberikan harapan dan jaminan dengan menawarkan jawapan sebenar yang dapat menyelamatkan nyawa.
HUBUNGI KAMI


