Pusat Kesihatan Penghadaman

 

Masalah penghadaman berlaku kepada kita semua dari semasa ke semasa—sakit perut, ketakcernaan, angin, pedih ulu hati, sembelit atau cirit-birit. Ini boleh disebabkan oleh jenis makanan tertentu, makanan yang tercemar dengan bakteria berbahaya, flu atau penyakit jangka pendek yang lain. Kebanyakan masalah penghadaman adalah tidak serius dan tidak berpanjangan serta dapat diatasi jika anda bersenam, mengurangkan tekanan dan makan mengikut diet yang betul. Antara masalah penghadaman yang paling biasa ialah:

  • Pedih ulu hati atau GERD (penyakit refluks gastroesofagus)
  • IBD (penyakit radang usus)
  • IBS (sindrom usus rengsa)
  • Batu karang

Walau bagaimanapun, sesetengah masalah penghadaman memerlukan lebih daripada sekadar ubat yang boleh didapati di kaunter dan kadangkala simptom yang berterusan boleh menjadi isyarat penyakit serius seperti kanser kolon dan ovari. Jika anda mengalami perubahan mendadak tetapi berterusan terhadap corak pergerakan usus anda; pendarahan semasa pergerakan usus; episod pedih ulu hati yang semakin meningkat, senak atau sakit perut yang lain; penurunan berat badan yang tidak dijangka; atau kesukaran menelan, anda harus mendapatkan nasihat perubatan profesional.

 

Perkhidmatan & Prosedur yang Ditawarkan

Pusat Kesihatan Penghadaman menyediakan pendekatan penjagaan holistik dalam menangani keadaan berkaitan sistem penghadaman yang merangkumi esofagus, perut, usus kecil dan besar, hati, pankreas dan pundi hempedu.

  • Gastroskopi:  Pemeriksaan sistem pencernaan bahagian atas termasuk esofagus, perut dan bahagian pertama duodenum
  • Kolonoskopi:  Pemeriksaan sistem pencernaan bahagian bawah termasuk usus besar sehingga hujung usus kecil yang dipanggil ileum terminal.
  • Kolangiopankreatogrofi Retrograd Endoskopik (ERCP):  Pemeriksaan sistem hempedu, pankreas dan pundi hempedu menggunakan panduan sinar-X.
  • Endoskopi Kapsul:  Pemeriksaan di mana pesakit perlu menelan kapsul kecil yang terdiri daripada kamera untuk melihat usus kecil.
  • Bronkoskopi:  Pemeriksaan paru-paru.
  • Sistoskopi:  Pemeriksaan sistem kencing termasuk pundi kencing dan uretra.
  • Fibroscan:  Pemeriksaan hati menggunakan gelombang ricih ultrabunyi untuk mengesan kehadiran parut atau fibrosis.
  • Ujian Pernafasan Urea (UBT):  Pemeriksaan pernafasan untuk pengesanan  jangkitan Helicobacter Pylori  .
Maklumat Perhubungan

Untuk maklumat lanjut atau janji temu, sila hubungi:

Tel:  +603-7491 9191  /  +603-7497 8050   / +603-7497 8051

Lokasi:

Tingkat Bawah, Menara C

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 5.30 petang
Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 petang