Pusat Penjagaan Diabetes

 

Pusat Penjagaan Diabetes telah dibangunkan sebagai sebahagian daripada komitmen kami demi menyediakan penjagaan dan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada pesakit diabetes kami. Dengan memanfaatkan rangkaian pelbagai disiplin yang wujud dalam Pusat Perubatan Sunway, Pusat Penjagaan Diabetes kami menggunakan pendekatan holistik untuk menjaga pesakit diabetes kami.

Pusat Penjagaan Diabetes membantu pesakit diabetes untuk mencapai dan mengekalkan kawalan diabetes mereka dengan baik supaya mereka dapat terus menjalani kehidupan seperti biasa.

 

Perkhidmatan & Prosedur yang Ditawarkan

Pakar jururawat diabetes kami yang terlatih dan berdedikasi menyediakan perkhidmatan kaunseling pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan individu pesakit diabetes serta penjaga mereka. Perkhidmatan kami termasuk:

  • Kaunseling pendidikan untuk meningkatkan pemahaman tentang penyakit dan pencegahan, pengurusan serta komplikasi yang berpotensi berlaku
  • Kaunseling pendidikan tentang gaya hidup sihat
  • Pendidikan tentang ubat-ubatan yang ditetapkan untuk pengurusan diabetes serta cara meningkatkan kepatuhan terhadap rawatan
  • Pemantauan glukosa darah kendiri dan teknik ujian glukosa darah
  • Teknik suntikan insulin dan kemahiran mengatasi masalah yang berkaitan dengan rawatan insulin
  • Kaunseling tentang penjagaan kaki dan senaman kaki

Selain menyediakan penjagaan komprehensif kepada pesakit diabetes dan penjaga mereka, misi kami adalah untuk turut menggalakkan peningkatan berterusan terhadap pengetahuan dan pengurusan diabetes dalam kalangan penjagaan kesihatan profesional.

Maklumat Perhubungan

Untuk maklumat lanjut atau janji temu, sila hubungi:

Tel:   +603-7491 9191

       +603-7491 1139

       +603-7491 1149 

Waktu Operasi:

Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 5.00 petang
Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 petang