Pusat Kesuburan Terbaik 2018
30 January 2018

Cik Yee Siew Yin, Pengurus Pusat Kesuburan Pusat Perubatan Sunway menerima anugerah daripada Cik Teresa Chin, Pengarah Media Parenthood Media Network.

Pusat Kesuburan Pusat Perubatan Sunway telah membawa kegembiraan kepada lebih 100 pasangan sejak dibuka pada tahun 2015. Dengan pasukan pakar kesuburan yang berpengalaman termasuk doktor pakar kesuburan, pakar embriologi dan jururawat terlatih, kami komited untuk menggabungkan penjagaan perubatan yang berkualiti dengan pendekatan individu, mesra dan penuh belas kasihan menggunakan kaedah rawatan paling kurang invasif yang sesuai dengan keperluan anda & pasangan anda.
Dalam kategori anugerah ini, Pusat Kesuburan SunMed telah menewaskan syarikat-syarikat besar seperti Pusat Kesuburan TMC dan Pusat Kesuburan Antarabangsa Sunfert, antara lainnya. Sebagai pusat kesuburan yang agak baharu, kami berasa rendah diri kerana telah dianugerahkan anugerah “Pusat Kesuburan Terbaik” yang telah diundi oleh ribuan ibu bapa dan pembaca Majalah Parenthood Malaysia untuk Anugerah Pilihan Ibu Bapa 2018.
Terima kasih sekali lagi kepada Majalah Parenthood Malaysia atas pengiktirafan ini! Kami berharap dapat terus membawa kegembiraan kepada semua pasangan pada tahun-tahun akan datang.
Kembali


