Penjagaan Pakar untuk Semua Keperluan Kesihatan Pernafasan Anda
Pusat Paru-paru kami menghimpunkan pasukan pakar pulmonologi terbesar dalam kalangan hospital swasta di Malaysia, menawarkan rangkaian rawatan dan penjagaan yang luas merangkumi pelbagai subkepakaran untuk pesakit yang memerlukan rawatan pernafasan pakar. Kemudahan kami termasuk bilik bronkoskopi khusus, makmal tidur dan dewan bedah, disokong oleh kakitangan kesihatan bersekutu dan jururawat yang terlatih.
Pasukan kami telah merintis beberapa prosedur inovatif yang mencatat kejayaan pertama di negara ini dalam penjagaan pernafasan, termasuk bronkoskopi rigid, stenting saluran pernafasan, ablasi wap terma bronkoskopik, penempatan injap endobronkial, pengurangan isi padu paru-paru secara endoskopik, terapi laser dan krioterapi. Terokai perkhidmatan pulmonologi yang ditawarkan di Sunway Medical Centre, Sunway City, di bawah:






