Peria Tumis dengan Putih Telur
04 January 2020
Bahan-bahan
Isi
200g peria yang dihiris nipis,
2 biji putih telur rebus, dipotong dadu
1 sudu kecil minyak sayuran
3 ulas bawang putih cincang
setengah cawan stok sayur
1 sudu kecil sos tiram
1 sudu kecil wain masakan Cina (pilihan)
2 sudu kecil tepung jagung, dicairkan dalam 2 sudu besar air
ARAHAN
- Rebus peria dalam air mendidih selama 1 minit. Toskan airnya.
- Panaskan minyak dalam kuali.
- Masukkan bawang putih dan goreng selama 1 minit dengan api sederhana.
- Masukkan peria, stok sayur, sos tiram dan wain masakan. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Tumis dan tutup.
- Goreng dan masukkan kiub putih telur.
- Hidangkan panas-panas bersama nasi.
MAKLUMAT PEPEJAL/HIDANGAN
Tenaga 90 kKal
Protein 4 g
Lemak 5 g
Karbohidrat 6 g
Serat 1 g
Natrium 125 mg



