Coronavirus: Apa yang Boleh Anda Lakukan untuk Melindungi Diri

15 February 2020

Koronavirus: Apa yang Boleh Anda Lakukan untuk Melindungi Diri Anda

Jika anda membaca berita kebelakangan ini, anda pasti pernah mendengar tentang koronavirus novel 2019 yang misteri, yang pertama kali dikesan di Wuhan, China. Ia merupakan strain baharu koronavirus yang telah menjangkiti lebih 40,000 orang dan membunuh sekurang-kurangnya 1000 orang di lebih 25 negara, kebanyakannya di China setakat 11 Februari. Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa terdapat 18 kes yang disahkan pada masa ini, dengan 12 daripadanya adalah warganegara China dan enam rakyat Malaysia, termasuk kes penularan tempatan pertamanya setakat 11 Februari. Strain baharu koronavirus ini baru-baru ini dinamakan COVID-19.

Apakah itu koronavirus?

Pertama kali dilaporkan di Wuhan, China, COVID-19 merupakan sebahagian daripada keluarga koronavirus, iaitu keluarga besar virus yang boleh menyebabkan penyakit daripada selesema biasa hinggalah penyakit yang lebih teruk seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS-CoV). Sumber COVID-19 masih belum dikenal pasti oleh pakar, tetapi dilaporkan sebagai sebahagian daripada keluarga patogen yang menyebabkan penyakit pernafasan pada burung dan mamalia.

Patutkah saya risau tentang jangkitan virus ini?

Walaupun pada masa ini tiada vaksin untuk mencegah COVID-19, cara terbaik untuk mencegah jangkitan adalah dengan mengehadkan atau mengelakkan pendedahan kepada virus ini. Jadi, melainkan anda pernah berhubung rapat dengan seseorang yang dijangkiti virus tersebut, anda mungkin selamat.

Bagaimanakah saya dapat memastikan diri saya dilindungi?

  1. Basuh tangan anda dengan kerap menggunakan sabun atau gosok tangan anda dengan pensanitasi tangan.
    Seperti selsema dan flu biasa, COVID-19 boleh merebak melalui titisan apabila pesakit yang dijangkiti batuk atau bersin. Orang ramai dijangkiti apabila mereka tanpa sedar menyentuh permukaan yang mempunyai titisan ini dan kemudian menyentuh mulut, hidung atau mata mereka. Oleh itu, adalah penting untuk anda mencuci tangan anda dengan kerap menggunakan sabun atau menggosoknya dengan pensanitasi tangan. Elakkan menyentuh mulut, hidung atau mata anda tanpa perlu dengan tangan yang tidak dibasuh.
  2. Bawalah pensanitasi tangan anda sendiri untuk memudahkan pembersihan tangan yang kerap.
    Lakukan sanitasi secara berkala apabila anda berada di luar, terutamanya di tempat awam seperti lapangan terbang yang sibuk, tempat pelancongan dan pusat membeli-belah.
  3. Elakkan memakan produk haiwan mentah atau tidak dimasak sepenuhnya.
    Laporan mengatakan bahawa COVID-19 dan wabak SARS pada tahun 2003 mungkin bermula di pasar basah di China. Pasar basah yang dikawal selia dengan buruk dan tidak bersih biasanya menjual bangkai dan haiwan liar hidup daripada tikus buluh hingga burung unta, anak buaya dan landak.
  4. Jauhi orang yang mempunyai simptom jangkitan saluran pernafasan.
    Mereka yang dijangkiti COVID-19 dilaporkan mengalami batuk, demam dan kesukaran bernafas. Ada juga yang mungkin mengalami simptom gastrousus seperti cirit-birit. Oleh kerana virus ini berjangkit dari seorang ke seorang yang lain, elakkan sentuhan rapat dengan mereka yang mengalami hidung berair, batuk dan bersin. Jika anda menunjukkan simptom, memakai topeng muka boleh membantu mencegah anda daripada menyebarkan virus kepada orang lain.

Koronavirus: Apa yang Boleh Anda Lakukan untuk Melindungi Diri Anda

Koronavirus: Apa yang Boleh Anda Lakukan untuk Melindungi Diri Anda

Koronavirus: Apa yang Boleh Anda Lakukan untuk Melindungi Diri Anda

Kredit: https://twitter.com/KKMPutrajaya/status/1221040783786041350/photo/1

Sila rujuk penyedia penjagaan kesihatan anda jika anda baru pulang dari China dan/atau menunjukkan simptom seperti selesema.

Tag: virus, influenza,covid-19