Toksin Botulinum

25 June 2019


Artikel oleh:Dr. Felix Yap Boon Bin

Apakah toksin botulinum?

Toksin botulinum (BTX) ialah neurotoksin yang dihasilkan oleh bakteria gram negatif, Clostridium botulinum yang menghalang asetilkolina kimia yang dilepaskan daripada saraf menyebabkan perencatan pengecutan otot. Jika digunakan dalam kuantiti yang banyak, ia boleh menyebabkan lumpuh otot seluruh badan yang membawa kepada kematian akibat sesak nafas. Dalam perubatan, BTX boleh digunakan untuk mengurangkan kekejangan pada pesakit dengan palsi serebal spastik, strok, kecederaan saraf tunjang; kekejangan leher; kesemutan dan kekejangan muka dan kelopak mata, kekejangan pundi kencing dan kekejangan bukaan dubur dalam fisur dubur. Dalam dermatologi, BTX digunakan dalam dos yang sangat kecil untuk membolehkan perencatan otot tertentu bagi mengurangkan kedutan dan garis halus yang disebabkan oleh pengecutan otot.

 

Adakah toksin botulinum sama seperti BOTOX?

Terdapat 2 jenis BTX yang digunakan dalam perubatan iaitu BTX jenis A dan B. BOTOX ialah nama jenama untuk toksin botulinum A. Jenama lain termasuk XEOMIN dan Dysport.

Bagaimanakah toksin botulinum boleh meningkatkan penampilan wajah?

Garis kerutan, garis kaki gagak dan garis dahi adalah kedutan dinamik yang disebabkan oleh pengecutan otot kerutan, otot mata dan otot dahi. Ia boleh dihalang oleh sedikit BTX. BTX juga boleh digunakan untuk mengurangkan sisi otot mengunyah rahang yang membolehkan pembentukan wajah berbentuk V.

Toksin botulinum

Bagaimanakah toksin botulinum dihantar?

Ia disuntik terus ke dalam otot yang dikehendaki.

 

Berapa lamakah prosedur ini?

Sangat pantas, biasanya kurang daripada 10 minit.

 

Adakah ia menyakitkan?

Minimal, seperti gigitan semut. Mereka yang sangat sensitif terhadap kesakitan boleh menggunakan krim kebas selama 30 minit sebelum prosedur untuk kebaskan kawasan yang hendak disuntik.

 

Berapa banyak toksin botulinum yang diperlukan untuk kedutan?

Doktor yang merawat akan membincangkan tentang jumlah BTX yang akan disuntik dan hasil yang dijangkakan. Secara amnya, kedutan dahi memerlukan antara 8 hingga 20 unit, garis kerutan 12 dan 20 unit, garisan kaki gagak 12 dan 28 unit dan otot rahang 40 dan 100 unit setiap sesi.

 

Bolehkah saya kembali bekerja sejurus selepas suntikan toksin botulinum?

Ya. Terdapat sedikit kemerahan dan benjolan yang akan hilang dalam masa kira-kira 30 minit.

 

Berapa lama nak nampak kesannya?

Biasanya 3 hingga 5 hari.

 

Adakah terdapat sebarang kesan sampingan daripada suntikan tersebut?

Ia merupakan prosedur yang sangat selamat. Kesan sampingan yang paling biasa ialah lebam jika saluran disuntik semasa prosedur dan kesakitan di tempat suntikan. Kesan sampingan lain yang jarang berlaku termasuk mata terkulai, bengkak kelopak mata, sakit kepala, mata kering, penglihatan kabur, mulut kering, keletihan, sakit leher dan reaksi alahan.

 

Adakah wajah akan kelihatan tidak semula jadi dan tegang selepas toksin botulinum?

Tidak. Ia diibaratkan seperti membalikkan kedutan pada muka selama 20 tahun.

 

Berapa lama satu sesi toksin botulinum berkesan?

3 hingga 6 bulan bergantung pada jumlah yang disuntik. Juga bergantung pada aktiviti otot yang terjejas; lebih aktif penggunaannya, lebih cepat kesan toksin hilang.

 

Adakah terdapat keperluan untuk meningkatkan jumlah toksin botulinum selama ini?

Bagi kebanyakan individu, ia kekal sama. Ada yang mungkin memerlukan kurang apabila aktiviti otot berkurangan dari semasa ke semasa. Ada yang mungkin memerlukan lebih banyak jika sistem imun badan bertindak balas terhadap toksin yang menyebabkan toksin kurang berkesan.